Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 21, 2010

Anne Ngasri Perlu Berehat Kerana Demam Virus

SAHAR MISNI

USIA kandungan aktres popular Anne Ngasri sudah mencecah lebih tujuh bulan dan doktor menasihatkannya supaya banyak berehat di rumah.

Bukan sahaja disebabkan faktor kandungan, malah Anne yang baru bercerai dengan bekas suaminya, Abdul Wafi Hassan pada Jun lalu baru pulih daripada demam virus.

Disebabkan itu, doktor terpaksa menahannya di hospital selama dua hari pada awal bulan ini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sekarang saya dinasihatkan untuk banyak berehat di rumah dan berhenti sementara daripada aktiviti seni. Tetapi saya masih boleh keluar dari rumah dan berbuka puasa di luar,” katanya.

Pelakon popular menerusi drama bersiri Cili Padi dan Dunia Baru itu dijangka akan melahirkan bayi perempuan pada 7 November ini.

Bercerita tentang aktivitinya sekarang, Anne banyak menghabiskan masa bersama dua orang anaknya Abdul Warits dan Abdul Wafri.

Selain itu, dia akan meluangkan masa berbuka puasa di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau berbuka puasa di luar pada setiap hari.

Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan sedang menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

MSTAR

No comments:

Post a Comment