Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, August 19, 2010

Ramai Artis Buka Gerai Di Bazar Ramadhan

Bazar Ramadan Seniman yang bertempat di Kompleks Gurney, Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa dan dijangka berakhir pada 10 September ini.


Bagi peminat dan orang ramai nak pegi membeli juadah, kuih ,muih dan bertemu dengan artis kesanyangan boleh le jumpa mereka dekat Jalan Semarak tu.

Nor Khiriah sedang sibuk menjual kuih muih


Menurut Presiden Seniman, Harun Salim Bachik, penganjuran Bazar Ramadan ini merupakan usaha persatuan itu untuk mengalakkan artis berniaga dan mendapatkan wang sampingan.


Artis artis yang terlibat ialah Fauziah Ahmad Daud, Shahriza Mahmud, Zed Zaidi, Zaibo, Am Raja Lawak, Rosnah Johari, Fouziah Ghous, Norkhiriah, Fimie Don dan Rina AF.

Bazar yang kini mempunyai lebih 70 buah gerai artis ini tidak hanya tertumpu kepada jualan juadah berbuka, malah banyak barangan lain seperti pakaian, beg tangan, tudung dan aksesori lain utnuk menyambut raya ni.

Bazar ini juga dibuka sehingga tengah malam bagi membolehkan orang ramai membeli belah.
aktiviti pertama kali anjuran Seniman ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan.

No comments:

Post a Comment