Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, August 20, 2010

Hadis : Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

Salam,

Kali ini saya ingin kongsi satu hadis yang menarik untuk para-para isteri.

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Semoga kita semua mendapat keberkatan oleh Allah.

Zahiruddin

p/s: Untuk suami jadilah yang soleh juga. Sama-sama dan rukun menjalani kehidupan semoga mendapat keberkatan. besar tanggungjawab kita nih bukan setakat mencari bekalan dunia sahaja.

No comments:

Post a Comment