Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 21, 2010

Bapa Sakit Gara-Gara Kontroversi Ainul Aishah

MELANGKAH ke dunia seni dengan berbekalkan bakat lakonan melalui filem pertama berjudul Nana Tanjung, pelakon dan model Ainul Aishah atau lebih mesra disapa Ainul kini melebarkan lagi sayapnya menjadi seorang penyanyi.

Meskipun dia sedar saingan dalam industri ini bukanlah calang-calang mudahnya, namun disebabkan minat yang mendalam terhadap nyanyian, Ainul akur dalam meneruskan usahanya untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni.

Biarpun percubaannya melalui lagu The Old Him yang baru sahaja dilancarkan mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak, gadis berusia 25 tahun ini tetap percaya dengan bakat yang ada padanya.

“Selepas pelancaran The Old Him, memang banyak kritikan yang saya terima. Kebanyakan kritikan mengenai suara saya dan bukannya lagu. Ada juga yang suruh saya jangan menyanyi dan fokus sahaja dalam bidang lakonan.

“Secara jujur memanglah saya sedih tapi saya anggap ini adalah percubaan, tapi apa yang ingin saya beritahu ialah saya menyanyi bukan sekadar suka-suka atau berangan. Saya buat semua ini sebab memang saya serius dan benar-benar mahu menyanyi,” ujarnya kepada Mingguan mStar.

Walaupun ramai yang berpendapat pelakon kelahiran Bangi, Selangor ini masih belum layak diiktiraf sebagai penyanyi kerana kualiti vokal yang masih lemah, Ainul sedikit pun tidak melatah. Malah dia optimis dengan pendapat yang diberikan terhadapnya.

“Mungkin ini percubaan pertama, saya akan betulkan kesilapan dan perbaiki kelemahan saya. Tapi respons yang saya dapat sejak lagu itu dikeluarkan ada yang menggemarinya.

“Saya masih belajar dan baru dalam bidang ini, jika dilihat artis yang sudah mempunyai nama pun mengalami kritikan apatah lagi orang macam saya.. Saya ambil semua kritikan sebagai cabaran dan akan teruskan usaha untuk terbitkan album mini pada awal tahun depan,” ujarnya bercerita mengenai aktiviti seni.

Tidak dapat lari dari kontroversi, Ainul yang pernah didakwa tidak memakai bra pada satu majlis pelancaran drama berjudul Spa Q 2 baru-baru ini mengakui perkara itu memberi kesan negatif kepada keluarganya.

“Perkara tersebut telah menyebabkan ayah saya sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Dia tidak boleh dengar perkara-perkara buruk seperti itu.

“Walaupun perkara itu tak benar tapi paling tidak 60 peratus orang yang membacanya akan terpengaruh. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak cuai sehingga boleh berlaku perkara seperti itu lagi,” jelasnya yang bakal muncul dengan drama Idola Kecil di TV9.

MSTAR

No comments:

Post a Comment