Orianthi, gitaris bagi konsert terakhir Michael Jackson, This Is It, bakal memberi kejutan hebat kepada peminat-peminat seni muzik di Kuala Lumpur, apabila membuat persembahan solo pertamanya di KL Live, Jalan Sultan Ismail pada 4 Ogos 2010, jam 8.00 malam.
Dalam usia 24 tahun, gadis ini telah mengecapi apa yang menjadi impian pemuzik lain. Dia pernah membuat persembahan pembukaan untuk konsert Steve Voi, ketika berusia 15 tahun, mengiringi juara American Idol, Carrie Underwood, beraksi solo untuk Santana, ketika berusia 18 tahun, juga tidak dapat dilupakan bermain gitar penuh aksi di dalam konsert ‘This Is It’ oleh Michael Jackson, yang dijangka menjadi konsert box – office dunia.
Orianthi, seorang gadis yang mampu membentuk liku hidupnya juga kerjaya dalam bidang muzik, serta bandnya. Lagu seperti ‘Suffocated’ juga ‘Think Like A Man’ menjadi satu ‘ukiran indah’ muzik rock. Lagu tunggalnya, berjudul ‘According To You,’ sebuah kisah menarik menceritakan bagaimana seorang teman lelaki yang tidak pernah berterima kasih, membunuh teman wanitanya.
Lagu ‘According To You’ dari album ‘Believe’ telah mencipta sejarah tersendiri apabila dicatatkan sebagai ‘first single of the week’ di iTunes pada 27 Oktober 2009. Lagu itu juga telah menduduki tangga ke enam di carta muzik Australia juga tangga ke tujuh belas di carta muzik Amerika Syarikat, manakala album debutnya, ‘Believe’ telah dipasarkan seluruh dunia penghujung tahun 2009. Di Malaysia, ‘According To You’ telah menduduki tangga ke dua, carta muzik Hitz.FM.
Lagu tunggal terbaru Orianthi, ‘Shut Up and Kiss Me,’ telah didengarkan secara rasmi di stesen radio di Amerika Syarikat pada 13 April 2010 dan membuat kemunculan di American Idol pada 21 April tahun yang sama.
Saksikanlah kehebatan dan kejutan yang bakal dicipta Orianthi di Kuala Lumpur nanti. Dapatkan tiket-tiket untuk ‘Orianthi Live In Kuala Lumpur,’ bermula pada harga RM 98. Tiket boleh didapati di Rock Corner juga kaunter tiket Axcess. Untuk maklumat lanjut layari, www.rockthisjoint.com.my atau www.axcess.com.my
Pemegang tiket VIP berpeluang mendapat CD terbaru, poster dan banyak lagi (selagi stok masih ada). Untuk mereka yang bertuah, akan bertemu dengan Orianthi, secara langsung.
‘Orianthi Live In KL’ dibawakan oleh JS Concert Productions dengan kerjasama Midas Production dan dianjurkan oleh Fat Boys Record
* Kredit to http://www.budiey.com
No comments:
Post a Comment