Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 7, 2010

Ayam Goreng Kicap Kulit Kayu Manis & Ketam Karachi Goreng Cili Yang Pedas

semenjak aku ada cook, memanjang makan masakan western adjer kan

ye lah manalah cook aku neh tahu masak2 masakan malaysia

masa aku amik dia mula2 dulu pun dia dah bagitau dia tahu masak masakan western adjer

kalau pakistani food pun dia mahir gak masak. cuma aku belum suruh dia masak pakistani food lagi la kan

weekend neh sementara aku ada masa nak ajar dia sket cara2 nak masak masakan malaysia kan

manalah tahu nanti dia boleh masak, aku gak yang senang. hhehe :)

kali neh aku nak masak ayam goreng kicap dengan rempah sket. eh silap ngan kayu manis sahaja

hehe biasa la kan bersihkan ayam. pastu panaskan minyak. goreng dulu ayam2 neh

toskan minyak pastu apa lagi readylah nak kopek bawang merah ngan bawang puteh kan

pastu potong nipis2, ala2 nipis giler gitu. kalau nak dadu pun takde masalah ok

then masukkan dalam kuali yang dah ada minyak panas. pastu masukkan bunga lawang, kayu manis ngan apa ntah lagi satu rempah 3 beradik neh. lupa dowh haha

then kacau sampai naik bau bawang ngan rempah sket tadi

pastu masukkan balik la ayam tadi. eh silap masukkan kicap cair ngan kicap pekat dulu

masukkan air sket. kalau nak kuah lebih bolehlah tambahkan air. senang je kan. hehe :)

pastu aku masak sekali ketam goreng cili pedas plak

kali neh memang dah terpedas ok

silap aku terletak lebih cili boh ok. hehe :)

kat islamabad neh takde jual cili boh mcm kat kedai kat malaysia tuh

so kalau nak cili boh kenalah buat sendiri kan. senang adjer cari cili kering

rebus dulu pastu blend. simpan la dalam peti ais kalau nak guna keluarkan adjer

so ni la cara2 nak buat ketam goreng cili senang giler dowh

panaskan minyak, masukkan bawang besar. kasi garing sket pastu masukkan bawah puteh

pastu masukkan 3 sudu makan cili boh. pastu terus kacau dan kasi sampai pecah minyak

pastu masukkan air asam jawa. kalau takde asam jawa lemon pun boleh. anything yg masam la kan

neh nak bagi neutral kan balik pedas cili tuh tadi la kan

lepas tuh masukkan je ketam. aku nyer ketam kecik2 adjer. so malas la aku nak rebus or goreng dulu kan

kalau ketam korang besar better rebus or goreng rangup dulu

else lambat plak nak masak nanti. hehe nak tahu dah masak ke belum senang giler

kalau ketam dah berbuih2 tuh maknya tak lama lagi nak masak la tuh ok. hehe :)

selamat mencuba!

*Artikel http://makanmalaya.com

No comments:

Post a Comment