Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, August 17, 2010

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010

Pada jam 6.30 petang tadi, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Single Raya PANGGILAN anjuran Siti Nurhaliza Productions yang diadakan di Restoran Istana Bambu .

Turut hadir artis-artis di bawah naungan Siti Nurhaliza Productions iaitu Sairah, Saida yang mana mereka berduet secara trio bersama Dato’ Siti Nurhaliza dalam lagu PANGGILAN yang ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya dan lagu disusun oleh Audy Mok. Siti mengharapkan lagu ini akan dipasang di corong radio dalam bulan Ramadan dan Aidilfitri ini. Pada tahun ini, Siti akan beraya di rumah mertuanya di Utara sana. Kini, Siti sedang merancang untuk mengadakan konsert meganya sempena ulangtahun ke 15 di persada seni.

Saida, Sairah dan Dato’ Siti Nurhaliza tampil berseri-seri disalutkan dengan busana rekaan Rizman Ruzaini yang bertemakan warna ungu.

Video persembahan trio adik beradik ini mengalunkan lagu PANGGILAN akan disiarkan esok. Nantikan~

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

* Artikel dari http://www.budiey.com

No comments:

Post a Comment