Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 7, 2010

Kenapa Jue Aziz Main Api?

Orang-orang tua kerap berpesan, jangan bermain api, kelak nanti membakar diri. Akibat ingkar dengan amaran tersebut, Jue Aziz merana hampir seminggu akibat luka yang masih belum sembuh hingga ke hari ini.

"Jue memang suka dengan aktiviti lasak. Kisahnya bermula bila Jue dan rakan-rakan yang lain pergi bercuti ke Koh Samui Thailand. Di sana banyak aktiviti menarik yang kami cuba antaranya bermain gelung api.

"Sebab tak tahan dengan godaan, Jue beranikan diri melompat dengan gelung api. Tapi kaki Jue tersangkut dan jatuh tersembam atas tanah. Mulanya tak sakit, tapi lama-lama dapat lihat kesan terbakat di peha. Terpaksa tahan sebab tak mahu rosakkan mood bercuti di sana.

"
Maybe Jue salah teknik melompat. Boleh katakan ini tragedi sewaktu bercuti tapi ikhlasnya Jue seronok. Jue seorang yang lasak so tak kisahlah semua tu. Lagipun banyak kali juga Jue cedera sebab asyik buat aktiviti lasak. Luka ni pun Jue letak gamat dan syukur luka makin sembuh," ujarnya pelakon jelita ini.

Sukar Jiwai Watak Lembut

Cabaran yang besar kepadanya membawakan watak gadis yang penuh kelembutan. Memegang watak Ayu dalam drama bersiri
Lagenda Budak Setan disifatkan sebagai tanggungjawab yang besar. Karakter dan mood yang sentiasa berubah tidak mudah untuk dilaksanakan.

"Saya menangis bila tak dapat jiwai watak yang diberi. Drama ini sangat
complicated dan saya rasakan wataknya sangat heavy sebab kena carry perasaan yang pelbagai. Dan saya izinkan Nas T pukul saya betul-betul sebab kami mahu penonton betul-betul rasa apa yang disampaikan.

"Lebam-lebam juga badan saya dipukul tapi saya suka sebab itu berjaya membuatkan watak kami nampak real," katanya mengakui masih mencari cinta baru.

Digosipkan bercinta dengan Zulhuzaimy, namun cepat-cepat Jue menafikan. Katanya mereka hanya teman biasa. Apa yang penting Jue lebih senang berkongsi pendapat dan selesa berkawan dengan jejaka itu.

No comments:

Post a Comment