baru perasan yang aku tak pernah post pasal satay kajang hj samuri neh dalam blog
walaupun aku dah selalu melantak satay hj samuri neh sedari daripada belajar kat uniten bangi lagi dulu
sekarang dah berlambak2 dah cawangan satay kajang hj samuri ni kan
dah berlambak, orang kata tak perlu ke kajang lagi kalau nak menikmati satay kajang hehe
apa2 pun mmg sedap la satay kajang hj samuri neh. dengan sambal dia yg pedas2 tuh kan
kuah kacang mmg terbaek la aku pernah rasai. mmg sedap. sanggup beratur nak tunggu meja kosong
dulu2 masa study kat uniten, setiap kali singgah kajang kadang2 mesti singgah makan satay
masa tu ada kat tepi sungai, tapi sebab nak dekat dengan tempat tunggu bas, layan yang kedai kat medan mara je la kan
okeylah kita biarkan gambar2 satay plak berbicara dengan korag
pasti terluir punyalah! hehe
tu dia mula2 sekali sampai mestilah timun yang dipotong sebegitu rupa
dengan nasi impit nya yang lembut. kalau ada dalam kelonsong ketupat mesti lagi best kan
tapi nasi neh syarat je. nak makan dengan satay kejap lagi
tu dia tempat bakar satay yang sungguh moden dalam kawasan dipagari cermin kaca telus
so korang boleh lah nampak pekerja2 hj samuri neh membakar satay tuh
memang mementingkan kebersihan la aku tengok kat sini
sesuai nak bawak keluarga. hehe
abc special sudah sampai kat atas meja aku
besar ya amat la plak abc neh sampai x muat nak masuk gambar
satu je la aku benci kat mana2 kedai jual abc
abc neh kan ke lagi best kalau letak dalam mangkuk, senang sket nak makan nya
tu belum ada scoop ice cream lagi, kalo idak mau terjatuh ice cream ke atas meja. hehe
tu dia sudah sampai satay arnab, daging ngan ayam
sedap2 belaka, dibakar dengan begitu berhati2 dengan rasa arang yang asli
memangs edpa dowh. aku pun terliur masa buat posting neh ok. mmg ngidam la lepas neh kan
satay neh dulu2 rm0.50 adjer, sekarang x sure la plak harganya
rasanya dah naik sket kot. takpe janji saiz dia besar dan puas memakannya kan. hehe
ni la dia main ingredient dalam satay kajang neh
kalau kuah kacang ngan sambal x best, memang aku tak singgah la kan. hehe
apa2 pun kuah kacang ni la yang membuatkan satu2 kedai satay tu selalu dikunjungi
aku sendiri x pernah la cuba buat kuah kacang neh kan
cubaan buat sambal tuh pernah la. hehe
amacam ? puas ke idak tengok gambar2 tadi. hehe
aku amik pakai handphone e71 sahaja gambar2 ni semua ok
malas la nak usung ke sana ke mari digicam aku tuh hehe
apa2 pun bila last sekali korang makan satay kajang ek ?
* http://makanmalaya.com
No comments:
Post a Comment