Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, August 3, 2010

Tahniah Shahir AF8 Duta Produk Brands Terbaru

Shahir akan diangkat sebagai duta produk Brands yang baru. Sebenarnya, ini adalah satu suprise untuk peminat dan juga media yang hadir semasa Majlis Pengumuman Duta Brands Terbaru di Laundry, eCurve pada jam 11 pagi tadi. Tapi semua dah dapat agak dah sape, kan.

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan tahniah kepada juara AF8 ni kerana telah dipilih sebagai duta Brands. Murah betul rezeki Shahir. Budiey rasa pemilihan dan pelantikan ini sangat tepat kerana Shahir mempunyai bakat sebagai seorang penghibur dalam pada masa yang sama Shahir begitu positif dan yakin dengan keupayaannya. Yang paling penting, Shahir sangat peramah dan sangat mudah didekati. Budiey cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Tak tahu la orang lain Shahir layan macamana.

Gambar-gambar yang sempat Budiey ambil… dan berita penuh bakal menyusul selepas ini.

*Artikel dari http://www.budiey.com/

No comments:

Post a Comment