Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, July 7, 2010

Crocs Tiruan Yang Malang

Kerling
Hulu Selangor
Selangor
28 Mei, 2010

Maklumat:

Ia hanyalah kasut dan selipar...

Crocs pada asalnya direka untuk kasut aktiviti luar/bot dan sebagai kasut spa kerana ianya direka tahan gelincir.

Ia bermula di Boulder, Colorado pada Julai 2002 apabila George B. Boedecker dan Duke Hanson berhasrat memasarkan kasut yang lain dari yang lain yang direka dan dikeluarkan oleh syarikat Foam Inc.

Model pertama Crocs, The Crocs Beach , diperkenalkan kali pertama pada November 2002 di Florida Boat Show .

200 pasang habis dijual dalam tempoh 2 hari dan sejak itu fenomena Crocs menular ke seluruh dunia.

===========================================================

Dan kerana Crocs lah, dua rakan sekampung akhirnya terpaksa merengkok di dalam lokap gara-gara bahana Crocs ini.

Semuanya bermula kira-kira jam 4-30 pagi tadi apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan bermotosikal , terserempak dengan sebuah van perodua Rusa, dipandu laju.

Lokasinya di laluan tengah, Lebuhraya Plus arah Ipoh berhampiran susur Bukit Tagar.

Mengesyaki sesuatu, mereka lalu mengejar van terbabit sejauh lebih 3 kilometer dan akhirnya berjaya memintas, kira-kira 3 kilometer sebelum susur Lembah Beringin.

Van Perodua Rusa terbabit sarat dengan kasut Crocs dan pemandunya gagal menunjukkan sebarang dokumen mengenai kasut terbabit.

Dua lelaki berusia 22 tahun itu mengakui, ianya adalah kasut tiruan dan dibawa dari Chow Kit untuk dijual di Tanjung Malim.

Kedua-dua anggota polis terbabit, Lanskopral Sachvinder Singh Prem Singh dan Konst. Sures Perumal kemudiannya ditawarkan sejumlah ganjaran supaya melepaskan mereka dari dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota polis itu meminta mereka mengikutinya ke Balai Polis Kerling untuk 'perbincangan' lanjut.

Mereka kemudian diiring bersama van dan muatan sehingga Balai Polis kerling, kira-kira 20 kilometer dari tempat mereka di tahan, dan sebaik tiba di balai polis Kerling, kedua-dua lelaki terbabit ditahan.

Kedua-duanya berasal dari kampung yang sama di Kelantan - salah seorang merupakan lepasan diploma sebuah politeknik di Kelantan dan baru menamatkan pengajian hujung tahun lalu.

Manakala rakannya, lulusan sijil dari sebuah politeknik di Pahang dan tamat pengajian pertengahan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Kuala Kubu Bahru yang dimaklumkan mengenai kejadian , kemudian mengesahkan kesemua Crocs yang dirampas merupakan tiruan.

Rampasan dianggarkan bernilai hampir 6 ribu ringgit dan turut ditemui di dalam van , peralatan meja dipercayai digunakan untuk meletakkan kasut terbabit ketika hendak dijual.

No comments:

Post a Comment