Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 7, 2010

(Gambar) Bilik Mesyuarat Filem Masam-Masam Manis

Untuk yang masih mengingati filem-filem Allayarham Tan Sri P Ramlee, mesti sangat-sangat jelas gambaran mengenai filem Masam-Masam Manis (lakonan P.Ramlee dan Sharifah Hanum) yang dikeluarkan pada tahun 1966 dahulu. Dalam filem tu mesti ramai yang ingat dengan bilik mesyuarat di SK Hulu Kelang. Tempat Cikgu Shaari kasi macam-macam alasan sebab nak pergi ber’dating.

Inilah rupa bangunan kelas cikgu shaari (film masam2 manis) 1966 yang dikekalkan sebagai bangunan warisan malaysia ke 68, di SK Hulu Kelang. Bilik ini sekarang dijadikan bilik mesyuarat Tan Sri P.Ramlee. SenatorTan Sri Jins Shamsuddin telah melawat ke bilik ini pada bulan Apr lalu semasa beliau merasmikan mesyuarat agung PIBG di sini.

Bagus! Kekalkan dan janganlah diberi nasib yang sama seperti Penjara Pudu suatu hari nanti.

+ Perkongsian dari Ahmad Musahimi Ahmad Tarmizi. Artikel oleh Khai.

No comments:

Post a Comment