Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 7, 2010

Ikan Trout Northern Pakistan Masak Asam (Singgang/Pindang Sket2) Dengan Lobak & Sawi

setelah berminggu aku tak masak

tetiba mood nak masak kembali la. hehe terus la pergi ke rana market seafood centre

sekali nampak ikan trout, tak pernah aku nampak lagi ikan trout neh ok

neh ada chance kena beli neh. surelah baru sampai neh kan. hehe :)

nak masak apa eh ?

haha fikir punya fikir settle ngan masak asam pindang/singgang sket2 je la

main campak2 je beb. dah la asam keping ngan kunyit hidup takde kat islamabad kan

so aku guna serbuk kunyit sket2 adjer. yg lain2 tuh ramuan biasa2 la ok

haha sesuka hati aku je bagi nama recipe neh

bahan2 ya cik kiah!

  • ikan trout seekor (potong la ala2 seketul2 mcm ikan tenggiri)
  • garam (nak melumur pada ikan, marinate kejap je)
  • bawang besar, bawang puteh (dimayang halus) <— perghh bahasa melayu ok)
  • serbuk kunyit (sikit je)
  • asam jawa ngan lemon (nak bagi masam dan asam)
  • gula, garam secukup rasa

panaskan minyak, pastu goreng la bawang merah ngan bawang puteh

letak kunyit sket, dia akan kekuningan

pastu dekat2 dah wangi masukkan asam jawa ngan lemon ngan air

agak2 la kan. karang masam sangat, tercirit plak ko

pastu dah agak2 menggelegak, masukkan trout, lobak merah ngan sayur sawi sket, ngan cili mera dipotong tadi

eh lupa dowh. masukkan sekali halia yang dah diketuk. haha amik ko list ingredients pun x cukop kat atas tuh hehe

siot aku terlupa listkan sayur sawi ngan lobak ngan cili merah. lantak ko la. pandai2 la ok

dah nama pun recipe campak2 menyampak. haha

tutup kuali supaya semua ramuan sebati. pastikan cukup masam. masin sket. manis no no no. haha

kalau ada serai mmg lagi cool la kan.

pastu angkat. jangan lupa masak nasi.

perghhh makan plak ngan nasi panas2 mmg terangkat beb

http://makanmalaya.com

No comments:

Post a Comment