Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, August 3, 2010

Kematian Bekas ADUN UMNO dan Pembantu : Masih Misteri...



Apa yang sebenarnya berlaku antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO kawasan Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh,64 dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat,43 yang ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kereta yang terbabas dekat Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan tidak jauh dari Kuala Lumpur pagi Selasa masih satu misteri setakat ini.Yang pasti terdapat satu kesan peluru di kepala Abdul Aziz manakala dua kesan peluru di kepala Siti Rohana dan tidak ada pihak ketiga dalam kejadian yang trajis dan mengemparkan itu.



Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu siasatan awal polis mendapati tembakan tersebut dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan itu.Beliau tidak menolak kemungkinan ia adalah satu kes bunuh dan bunuh diri.Kemudiannya pihak Polis telah mengkategorikan kes ini sebagai 'Bunuh dan Bunuh Diri'.

Polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38, dua butir peluru belum digunakan dan tiga kelongsong peluru dalam kereta berkenaan, Pistol itu disahkan milik Abdul Aziz.Ini bermakna kemungkinan besar salah seorang dari mereka menembak dan kemudiannya menembak diri sendiri.

Berikut adalah sedikit gambar dari tempat kejadian untuk dikongsikan bersama..



Sebelum itu…

Kes ini telah dikategorikan oleh pihak Polis sebagai kejadian ‘Bunuh dan Bunuh Diri’ bagaimanapun belum dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.

Dalam kejadian pagi tadi, Bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh.

Kedua-dua mayat telah ditemui didalam sebuah Toyota Caldina berwarna putih yang dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.

Khalid berkata hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Siti Rohana ialah Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang dan juga Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang.- berita penuh sila baca diSINI


Caldina Putih melanggar divider






Dua mayat kelihatan


Mayat Siti Rohana


Mayat Datuk Abdul Aziz




Mayat dibungkus dengan plastik hitam


Dipindahkan dari tempat kejadian



Sumber gambar : ondscene



KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.

Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.

Siti Rohana ialah Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan kereta dipandu Abdul Aziz , bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh.

Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.

Tiga peluru dari pistol didapat telah digunakan.

Abu Hassan juga merupakan anggota Kabinet persekutuan sebelum dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa “terkena” tembakan di bahagian kepala.

Polis mendapati tembakan datang dari dalam kereta yang mereka naiki kerana kesan tembakan tidak dikesan pada badan kereta.

“Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.

Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Anggota keluarga yang ditemui wartawan di rumah Abdul Aziz di Seksyen 9, Shah Alam enggan bercakap dengan wakil media.

Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Buat masa sekarang kami mengetepikan politik sebagai motif kejadian,” kata Khalid.

“Kami percaya ia satu kes bunuh dan membunuh diri,” kata Khalid sambil memberitahu pihaknya ada bukti bahawa hanya dua orang berada dalam kereta ketika kejadian.

“Jangan buat spekulasi (mengenai kes ini). Saksi yang ditemu bual di tempat kejadian mengesahkan tiada orang lain dalam kereta,” kata Khalid lagi dalam Facebooknya.

Khalid yang menyambung tulis dalam Facebook memberitahu, laporan bedah siasat awal menunjukkan ada dua kesan tembakan manakala pembantunya hanya satu.

Abdul Aziz meninggalkan isteri Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Norazian, 37, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) dan seorang anak lelaki Mohd Anis Hisham, 33, exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Sementara itu, Mohd Anis berkata kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya di Shah Alam.

“Sebelum mendapat tahu kejadian yang menimpa ayah melalui kawan saya tengah hari tadi, ayah ada cakap nak pergi satu majlis di Tanjung Karang.

“Saya amat kagum kebolehan yang ada pada ayah saya dan saya menjadikannya sebagai role model dalam bidang politik. Ayah mempunyai kebolehan berbahasa Mandarin. Ayah juga ada lesen pistol,” katanya ketika ditemui.

Bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, yang ditemui di hospital berkata mereka dikurniakan empat anak sebelum berpisah empat tahun lepas.

Katanya anak sulung mereka berusia 20 tahun manakala yang bongsu berusia sembilan tahun.

Seorang kenalan rapat kepada Siti Rohana, Towhid Mokthi, 53, berkata Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz.

“Rohana seorang yang peramah dan suka tolong orang. Dia sangat disenangi sebab itu dia terpilih sebagai Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang,” katanya.

No comments:

Post a Comment