Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, July 7, 2010

Kesian Arifah...

Jalan Batang Kali- Ulu Yam
Hulu Selangor
22 Jun 2010
2-15 petang

Ketika melalui Jalan Batang Kali-Ulu Yam untuk pulang ke Kuala Lumpur tengahari tadi, saya terserempak dengan satu kemalangan antara 2 buah motosikal.


Saya percaya kemalangan baru sahaja beberapa minit berlaku ketika saya melalui jalan ini- kelihatan orangramai cuba menenangkan mangsa yang terduduk di tepi jalan dan sedang menangis kesakitan.

Saya memberhentikan kereta dan segera melihat keadaan mangsa - keadaannya mungkin cedera di pinggang dan luka-luka di beberapa bahagian badan.

Melihat keadaannya, saya menawarkan untuk menghantar ke hospital, dan menurut penduduk, Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu terletak tidak jauh dari situ.(kira-kira 3 km)

Namanya Arifah Mohd Lazim - 19 tahun.

Saya juga meminta bantuan seorang penduduk kampung untuk menemankan saya untuk membawa Arifah ke Klinik.

Menurut Arifah, dia baru sahaja keluar dari simpang apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki terus merempuhnya.

Akibatnya, kedua-dua mangsa terpelanting.(Saya tidak mengetahui apa nasib penunggang itu kerana ketika sampai, lelaki itu telah tiada di lokasi).

Petugas di klinik segera meminta saya menghantar Arifah ke bilik rawatan.

Setelah saya menelefon keluarga Arifah supaya datang ke klinik, saya beredar meninggalkannya yang masih menangis......

No comments:

Post a Comment