Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, March 5, 2011

Amy Search Bakal Pengetua AF9, Paknil Kembali Jadi Pengacara?

Setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, dengar ceritanya Astro telah membatalkan hasrat mereka untuk melantik Ahmad Dhani menjadi pengetua AF9. Mungkin terlalu banyak negatif feedback berkaitan dengan Ahmad Dhani dan mungkin juga pihak Astro menyedari yang masih ramai lagi artis-artis Malaysia yang berkaliber untuk dilantik menjadi pengetua AF9. Tahniah kepada Astro kerana berani membuat satu keputusan yang memuaskan hati ramai pihak.

paknil pengacara af9

Isnin depan barulah akan diketahui siapakah yang bakal menjadi Pengetua AF9 dan juga pengacara AF9. Tapi daripada apa yang didengar, khabarnya Amy Search bakal dilantik menjadi pengetua AF9 dengan Paknil akan kembali menjadi pengacara setelah berehat beberapa musim. Nampaknya AF9 yang merupakan AF terakhir memang akan jadi gempak gila kalau 2 berita ini betul-betul menjadi kenyataan.

So apa pendapat korang? Sesuai ke tak Amy Search jadi pengetua AF9? Dari segi kaliber, memang nampak gayanya Amy Search adalah satu pilihan yang tepat. Lagipun Amy Search sudah lama berkecimpung dalam dunia seni. Berkarisma, berwawasan dan stylo. Seorang rockers legenda yang hebat!. Memang ada tokoh seorang pengetua. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment