Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, March 30, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa Epik termahal Malaysia

BINTANG
Keseluruhan: 4
Plot: 3.5
Lakonan:3.5
Efek Khas: 4
Sinematografi: 4


Tonton filem ini jika anda suka : Ong Bak, Pirates Of The Carribean, Queen Of Langkasuka

Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu untuk menonton filem epik Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios ini. Jangan risau. Tinggal sehari saja lagi, korang boleh tonton filem ini. Ia akan mula ditayangkan pada 10 Mac 2011. Pada malam Isnin yang lepas telah berlangsung satu malam gala untuk para media menonton filem ini. Pada pendapat TUPAI, filem ini ibarat seperti menonto filem aksi Thai dan kesan visualnya pula seperti menonton filem Hollywood.

Walaupun pada mulanya TUPAI hairan penggunaan lampu dalam filem ini agak gelap dan hanya ada beberapa sahaja babak yang cahayanya terang. Tapi setelah diteliti dan sempat juga menayakan kepada pengarah mengenai perkara tersebut, Yusry memberitahu bahawa ia memang sengaja dibuat begitu kerana untuk menunjukkan dua keadaan yang berbeza.

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual(CGI) dan set, busana dan "props" kurun ke 2. Filem ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Lebih kurang dua tahun. Dari sudut perancangan, kajian, skrip, prop & kostum, pemilihan pelakon, pengambaran sehinggalah pos produksi, Yusry mengatakan ini adalah filem yang paling mencabar kerana melibatkan satu jangka masa yang lama dan penelitian serta perancangan yang rapi.

Pengambaran mengambil selama 52 hari, filem ini dikatakan akan memberikan satu penanda aras untuk kemajuan filem Malaysia seterusnya. Pengambaran dibuat di beberapa lokasi termasuklah Kuala Lumpur, Kuantan dan sekitar Pulau Perhentian, Terengganu.

Kos bajet sebanyak RM8 juta menjadikan filem ini nampak gah padahal menurut Norman untuk buat filem ini bajet sebanyak itu adalah tidak mencukupi. Yang pasti, filem ini sekaligus dinobatkan sebagai filem paling mahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan dan kedua termahal dalam sejarah filem tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.

Ternyata benar, kos banyak dijimatkan dengan adanya teknologi CGI. Dengan CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat buah kapal, perkambungan Melayu kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

Hikatyak Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahanya. Filem inijuga turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheong. Chan Man Cheong merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menghasilkan aksi-aksi lasak bagi filem-filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Memang ternyata aksi yang ditunjukan dalam HMM memang dahsyat. Tidak rugilah pihak KRU Studio mendapatkan khidmad dan bekerjasama dengan Chan Man Cheong bagi menghasilkan aksi lawan yang hebat. Dengan menampilkan barisan para pelakon yang hebat-hebat menambahkan lagi impak terhadap filem ini. Tapi sayang sekali, pada babak ketika Kamawas lakonan Khir Rahman, ingin menggoda Meng Li Hua( Puteri China) lakonan Jing Lu, Kamawas menggunakan ayat yang TUPAI rasa tidak sesuai. Apatah lagi ayat itu dipertuturkan dengan cara zaman sekarang. Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hudges, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Hendrik Norman, Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong, Nell Ng dan ramai lagi.

Hikayat Merong Mahawangsa mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pilh kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan Puteri China dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda telah menculik Puteri China menjadikan sebagai tebusan. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China? Ingin tahu kesudahannya jangan lupa untuk menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.

No comments:

Post a Comment