Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, March 22, 2011

Sam Join The Azenders Tidak Langgar Kontrak TM

Penyertaan Sam (Bunkface) Dalam The Azenders Tidak Ganggu Kontrak TM. Komitmen Sam masih lagi dengan Bunkface.

KUALA LUMPUR:Penubuhan The Azenders yang disertai oleh Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom iaitu salah seorang anggota kumpulan Bunkface tidak menjejaskan apa-apa ikatan kontrak yang termeterai antara kumpulan itu (Bunkface) dengan syarikat telekomunikasi TM.

Menurut Sam, penyertaannya dalam The Azenders tidak menggugat kerjasama dan komitmen antara Bunkface sebagai jurucakap syarikat telekomunikasi tersebut.

“Penubuhan The Azenders tidak langsung mengganggu apa-apa perjanjian atau melanggar kontrak antara kumpulan Bunkface dengan TM.

Bunkface

“Setakat ini pihak TM tidak ada apa-apa masalah atau mempersoalkan mengenai khabar angin yang sedang berlaku termasuklah dakwaan mengatakan saya keluar dari kumpulan Bankface untuk menjadi ahli tetap The Azenders,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Terima Kasih Harian Metro di sini, Rabu.

Sam yang menganggap penubuhan The Azanders itu sebagai projek khasnya memberitahu komitmen utama masih diberikan kepada kumpulan Bunkface.

“Ini hanya projek khas saya, sekarang Paan dengan Youk sibuk dengan projek Bunkface Production dan kesempatan itu saya gunakan untuk melakukan buat projek khas bersama The Azenders. Tapi komitmen utama masih kepada Bunkface.

“Selepas projek itu selesai kami akan fokus semula kepada album terbaru kami,” katanya.

Dalam pada itu, Sam memberitahu dia dan Bunkface bakal keluar dengan single terbaru bekerjasama dengan Malique (Too Phat) tidak lama lagi.

“Tahun ini kami merancang untuk melakukan kolaborasi dengan beberapa orang artis. Insya-Allah single kami dengan Malique bakal tidak keluar tidak lama lagi.

“Selain itu peluang bekerjasama dengan Datuk Ahmad Jais pada malam Konsert Terima Kasih Harian Metro nanti juga merupakan sesuatu yang menarik,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, kumpulan yang lahir dari pertandingan Battle of the Band dan Time Blast Off ini juga bakal beraksi di Hong Kong Asian-Pop Music Fair (HKAMF) pada 23 Mac ini.

Acara yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong itu dianjurkan oleh IFPI (Hong Kong Group) Limited dengan kerjasama Hong Kong Trade Development Council, bertujuan mencipta SuperNova rantau Asia.

Bunkface dipilih beraksi di festival berkenaan berdasarkan kecemerlangan mereka dalam industri muzik sepanjang tahun lalu. – via Mstar Online

* Kredit to http://www.budiey.com

No comments:

Post a Comment