Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, March 26, 2011

Isu Yuna Tak Mesra Wartawan Betul Ke?


Isu Yuna Tak Mesra Wartawan Betul Ke?

Ini bukan berita pertama kali di dengan oleh kita mengenai isu yuna tidak mesra wartawan di dada akhbar. Saya sendiri sebagai peminat lagu-lagu indie yang dibawa oleh Yuna juga seperti tidak percaya atau tak ambil kesah dengan apa yang diperkatakan oleh wartawan hiburan.

Yang terbaru berita dari zubir mengenai kisah yunalis tidak mesra wartawan :

SEJAK kemunculan penyanyi indie wanita bertudung, Yunalis Zarai, 23, atau lebih dikenali sebagai Yuna awal tahun ini, Zubir belum berpeluang mendekati dan bekerjasama dengannya, jauh sekali mengundang Yuna sebagai gadis penghias muka depan akhbar sisipan B*Pop ini. Biasalah, nak jadi cover B*Pop, artis berkenaan sekurang-kurangnya perlu dikenali ramai dan yang pasti harus popular!

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, nama Yuna yang meletup dengan lagu Dan Sebenarnya terus menjadi sebutan ramai. Popularitinya melonjak sehingga menjadi kegilaan penggemar muzik indie. Justeru, selepas perbincangan dengan Editor dan rakan sekerja B*Pop, kami bersepakat mengundang Yuna sebagai cover akhbar sisipan ini menggandingkannya dengan dua lagi vokalis kumpulan indie popular.

Zubir pula memikul tanggung jawab menghubungi Yuna dan mengatur temu janji dengannya. Awalnya Zubir cuak juga untuk berurusan dengannya berdasarkan beberapa laporan media massa sebelum ini mendakwa Yuna kononnya sukar memenuhi temu janjinya dengan pihak wartawan.

Pun begitu, Zubir tidak mempedulikan cakap-cakap negatif mengenai sikap Yuna bersama pihak media massa yang dikatakan agak dingin sehingga Zubir sendiri berpeluang untuk menjalin kerjasama dengannya. Selepas beberapa kiriman SMS terhadap pengurusan Yuna, akhirnya pada 1 Oktober lalu, dia hadir di Balai Berita memenuhi pelawaan B*Pop , justeru memang Zubir tidak berdepan dengan sebarang masalah berurusan dengannya.

Sepanjang pertemuan kami, memang Yuna tak banyak cakap, tanya sepatah, jawab sepatah. Zubir pula tak ambil pusing sikapnya itu, mungkin kerana baru pertama kali bersua muka dan bertentang mata. Perkara seumpama ini sesuatu yang lazim, tapi apabila sering bertemu dan menjalin kerjasama dengan seseorang artis itu, sekiranya bertemu, kami berborak, melepak macam tak ada hari esok.

Namun, sepanjang fotografi berkenaan, bukannya setiap masa Yuna bersama Zubir, ada kalanya dia mundar mandir di laluan pejalan kaki kakitangan Berita Harian dan Harian Metro termasuklah wartawan untuk ke lokasi penggambaran dan menukar pakaiannya. Zubir adalah terdengar nama Yuna disapa beberapa rakan wartawan hiburan, namun apa yang berlaku selepas itu, Zubir kurang pasti.

Pun begitu, keesokannya, menerusi ruangan pojok Soseh Soseh (SS) terbitan Rap, Harian Metro 2 Oktober, Zubir terkejut apabila membaca tajuk artikel ‘PRO ajar Yuna mesra wartawan’. Antara isi kandungan artikel berkenaan adalah seperti berikut:

“Insiden itu berlaku di pejabat SS sendiri apabila Yuna hadir untuk menghadiri fotografi dengan rakan dari Berita Harian. Nak dijadikan cerita, Yuna bersama beberapa rakannya yang SS tidak pasti siapa, keluar dari studio melalui laluan yang menempatkan wartawan di Meja Hiburan Harian Metro. Rakan SS yang melihat Yuna lalu, terus memanggil namanya sambil mengangkat tangan.

Kalau nak ikut jarak, agak-agaknya adalah empat meter dari tempat duduk rakan SS dengan tempat Yuna berdiri. Tapi apa yang buat rakan SS terkedu malu kerana Yuna sekadar melambai tangan dan terus berlalu pergi. SS hairan juga kerana rakan SS itu pernah buat fotografi dengannya dan beberapa kali buat berita mengenai kerjaya seninya.

Lainlah kalau SS yang memang tidak pernah bertemu dengannya, mungkinlah boleh Yuna sekadar angkat tangan kerana menyangka peminat yang menyapanya. Tapi kalau wartawan yang pernah berbual dengannya dan beri publisiti percuma untuknya, dia buat begitu, tidak tahulah SS. Jangan pula beri alasan tidak perasan kerana tidak pakai cermin mata atau kanta lekap.

Bukanlah SS minta artis layan wartawan macam raja sampai sembah wartawan, tapi apalah salahnya kalau Yuna berhenti sekejap dan datang ke tempat rakan SS yang memanggilnya tadi. Dua tiga kali juga Yuna lalu dan SS berpakat dengan pegawai perhubungan awam (PRO) senior yang membawa artisnya, Mila (AF5) untuk ajar Yuna.

PRO yang mesra dan ceria itu panggil Yuna datang ke Meja Hiburan untuk diperkenalkan dengan Penolong Pengarang Hiburan Harian Metro, Hartati Hassan Basri dan wartawan lainnya. Rakan SS pun perkenalkan Yuna seorang demi seorang dengan wartawan yang pernah buat fotografi dengannya dan kata, takkan sudah tidak kenal dan buat-buat lupa. Tapi SS lihat wajah Yuna selamba saja.”

Selang beberapa hari, ruangan pojok Dengarnya… Oleh Normah Becok terbitan HIP, Berita Harian 5 Oktober, sekali lagi Zubir terkejut membaca artikel mengenai Yuna dengan judul ‘Janganlah buat-buat tak kenal’. Antara lain ia menceritakan perkara yang hampir sama berlaku seperti yang pernah dilaporkan Harian Metro terbitan 2 Oktober itu.

Memandangkan Yuna menjadi kritikan gosip selepas pertemuannya bersama Zubir tempoh hari, Zubir terus menghubungi pengurus Yuna, Nor Zaina Wardah, 23, atau Wawa yang juga penuntut tahun akhir pengajian Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk meminta komen Yuna berhubung dua laporan pojok berkenaan.

Pun begitu, Zubir agak terkilan apabila Wawa memaklumkan, dia dan Yuna sudah menerima arahan daripada ibu bapa Yuna supaya tidak memberi sebarang respons berhubung dua laporan pojok itu.

Berikut adalah kiriman SMS daripada Wawa kepada Zubir, “Hai Abang Zubir, I have talked to Yuna’s parents, I’m really sorry. They don’t want Yuna to respond to the issue. Apa dah jadi, just let it be. Let the fan judge her. It will be a lesson for us. We are new on this matter and Insya-Allah it won’t happen again, thank you.”

Zubir akur dan menghormati permintaan keluarga Yuna, tapi hairan juga, kenapa Yuna tidak dibenarkan memberi sebarang respons, sekurang-kurangnya peminat akan tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu, sekali gus Yuna berpeluang memperbetulkan keadaan sekiranya berlaku sebarang salah faham antara dirinya dan wartawan serta membela dirinya supaya tidak terus dilabel sebagai artis tidak mesra wartawan!

Zubir pun minta daripada Wawa nombor telefon bimbit Yuna untuk bercakap sendiri dengannya, manalah tahu ada rezeki boleh juga memperoleh versi off the record mengenai isu berkenaan, tapi malang sungguh nasib Zubir apabila Wawa memberitahu, nombor berkenaan tidak boleh diberikan.

Pelik juga, artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi AF3, mahupun superstar Anita Sarawak, termasuklah penyanyi evergreen, Datuk Sharifah Aini, Zubir tidak ada masalah memiliki nombor telefon bimbit mereka! Asal ada isu berbangkit, tak perlu tunggu pengurus atau pegawai perhubungan awam bertindak, bila-bila masa saja artis boleh dihubungi, apa yang penting, kerjasama… (teringat dialog siri kartun popular, Wonder Pets).

Zubir pun tinggalkan pesanan kepada Wawa supaya Yuna menghubungi Zubir kembali, selama dua hari menunggu, hampa lagi. Zubir teringat pernah meninggalkan pesanan kepada ibu Acha Septriasa, aktres jelita filem box-office Indonesia, Heart, namun selang beberapa jam, Zubir berpeluang berbual dengannya, malah Zubir sudah pun memiliki nombor telefon bimbit peribadi Acha!

Pun begitu, berilah peluang kepada Yuna memperbaiki kekurangannya, maafkanlah dia dengan apa yang sudah berlaku. Yuna masih terlalu hijau di dalam industri hiburan, justeru banyak perkara yang perlu dipelajarinya terutama memiliki dan mengasah skill ‘PR’ yang baik supaya dia mudah bekerjasama dengan pihak wartawan. Namun, sekiranya komen Zubir menyinggung hati dan perasaan Yuna serta keluarganya, Zubir minta maaf.

Biarlah apa yang Zubir paparkan hari ini menjadi pedoman untuk kita semua, renung-renungkanlah dan selamat beramal!

ZUBIR: Pernah bertemu dan makan malam bersama bintang terkenal Indonesia, Agnes Monica di Jakarta, walaupun baru pertama kali bersua muka, ‘PR’ penyanyi berkenaan membuatkan wakil media massa selesa dengannya.

Panjang pulak ceritanya. Jika benar apa yang diperkata mungkin ada baiknya untuk yuna berubah ;)

No comments:

Post a Comment