Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, March 8, 2011

Telaga Minyak Di Temui Petronas Terbesar Di Dunia?

minyak 0 Telaga Minyak Di Temui Petronas Terbesar Di Dunia?

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mendakwa beliau diberitahu syarikat minyak nasional, Petronas, telah menemui satu lapangan minyak yang sangat besar, kemungkinan terbesar di dunia.

Penemuan ini, katanya, bermakna Petronas akan mempunyai masa depan yang sangat baik.

Bagaimanapun, bekas Pengerusi pengasas Petronas itu enggan memberikan butiran lanjut. “Saya diberitahu…tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang sangat besar. Saya diberitahu terdapat penemuan besar…yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak.

“Saya juga diberitahu ia adalah lapangan minyak atau telaga minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat lain di dunia.

“Saya tidak boleh dedah (lokasi)…saya tidak boleh beri tahu anda,” katanya semasa ditanya berulang kali mengenai penemuan itu yang beliau sebutkan dalam ceramahnya yang bertajuk “Conversations on the Constitution and Oil Royalty – A Constitutional Right?” anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini hari ini.

Beliau juga tidak menamakan siapa yang memberitahunya mengenai perkembangan Petronas itu.
Sementara itu, Petronas dalam satu kenyataan ringkas, menafikan penemuan tersebut.

“Petronas ingin menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang penemuan seumpama itu dan sebarang kenyataan yang menyebut mengenai penemuan sedemikian adalah tidak benar,” kata perbadanan minyak nasional itu semasa dihubungi Bernama.

Tengku Razaleigh baru-baru ini tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa kerajaan Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti bagi minyak yang dikeluarkan dari kawasan luar pantai negeri itu.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata penemuan lapangan minyak yang besar bermakna Petronas mempunyai masa depan yang baik tetapi menegaskan ia perlu diurus dengan sewajarnya.

“Saya berharap Petronas akan diurus dengan baik…tiada ketirisan, agar wang dapat kembali kepada rakyat,” katanya.

Tengku Razaleigh juga berkata, beliau gembira walaupun Petronas terpaksa membelanjakan wang bagi pembinaan Menara Berkembar Petronas di sini dan pembangunan Putrajaya, syarikat minyak nasional itu “masih meraih untung dan masih mempunyai baki rizab”.

Petronas menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan, iaitu bersamaan 42 peratus daripada pendapatan negara.

No comments:

Post a Comment