Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, March 8, 2011

Seks 2 Kali Seminggu Baik untuk Lelaki

1 Seks 2 Kali Seminggu Baik untuk Lelaki
Lakukan seks dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko lelaki diserang sakit jantung. Kajian terbaru yang melibatkan 1000 lelaki ini mendapati aktiviti seks yang kerap mempunyai kesan yang baik untuk jantung lelaki, walau bagaimanapun kajian itu tidak pula mengkaji kesan aktiviti seks terhadap kesihatan jantung wanita.
Kajian itu mendapati lelaki yang kerap melakukan seks 45% kurang berisiko menghidap penyakit jantung yang mengancam nyawa berbanding dengan lelaki yang hanya melakukan seks sekali sebulan atau kurang daripada itu.
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Institut Penyelidikan New England di Massachusetts itu merekodkan aktiviti seksual lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun. Kumpulan lelaki ini menyertai projek jangka panjang yang dipanggil Kajian Jangka Hayat Lelaki Massachusetts yang dimulakan sekitar tahun 1987. Dalam tempoh 16 tahun, setiap lelaki yang menyertai projek ini ditanya tentang kekerapan mereka melakukan seks dan mengesan tanda penyakit jantung pada mereka dalam tempoh tersebut.
Dalam kajian ini, pasukan penyelidik mengambil kira faktor risiko seperti umur, berat badan, tekanan darah, dan paras kolesterol responden. Hasilnya, jantung lelaki yang didapati kerap melakukan seks lebih sihat. Menurut penyelidik, aktiviti seks dapat memanfaatkan kesan fizikal dan emosi terhadap badan.

No comments:

Post a Comment