Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, March 8, 2011

Peminat Maher Zain paling ramai dari Malaysia

maher%2Bzain%2Bkonsert Peminat Maher Zain paling ramai dari Malaysia

SHAH ALAM 26 Feb. – Peminat Malaysia mencatatkan jumlah paling ramai menjadi peminat Maher Zain berdasarkan kepada jumlah mereka yang menjadi rakan facebooknya.

Menurut penyanyi nasyid R&B berasal dari Lebanon itu, daripada 1,878,598 peminat yang menjadi rakan facebooknya, sejuta daripadanya adalah dari Malaysia.

Penyanyi berusia 29 tahun juga itu membuktikan popularitinya apabila berjaya menarik lebih 7,000 peminat menyaksikan konsert Maher Zain Live In Concert yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam di sini pada malam tadi dan juga malam ini.

Menurut pengacara konsert itu, Farah Adeeba, dia diberitahu wakil penganjur, peminat Maher di Malaysia bukan sahaja paling ramai di dunia, tetapi konsert anjuran In Team Records, Fiero dan Awakening Entertainment (UK) itu antara yang mendapat sambutan terbesar peminatnya.

“Tiket-tiket menyaksikan konsert yang berharga antara RM50 hingga RM200 kebanyakannya telah habis dijual. Jumlah mereka yang menonton termasuklah untuk malam ini mencecah sehingga 9,000 orang,” katanya.

Pada konsert selama dua jam sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 15 Februari lalu, Maher turut melahirkan rasa kagumnya bukan setakat mendapat sambutan hebat peminat tempatan tetapi juga berjaya menyatukan ramai penyanyi nasyid pada masa yang sama.

Beliau yang berhijrah ke Sweden bersama keluarganya semasa berusia lapan tahun menganggap peminatnya di Malaysia cukup istimewa sehingga dia merakamkan lagu popularnya berjudul Insya-Allah ke dalam versi bahasa Melayu yang turut didendangkan pada konsert tersebut.

“Saya amat berbangga dengan sambutan peminat saya di negara ini. Saya juga bersyukur kerana pada malam ini, saya tidak menyanyi sendirian kerana turut serta ialah Inteam dari Malaysia, Mesut Kurtis (Macedonia) dan Irfan Makki (Kanada). Ini membuktikan Islam itu bersifat global,” ujarnya.

Ternyata Maher yang muncul dengan album sulungnya berjudul Thank You Allah pada Mac tahun lalu tidak mengecewakan peminatnya menerusi lagu-lagu popular seperti Always Be There, The Chosen One, Ya Nabi Salam Alaika, Barakallah, Hold My Hands dan Open Your Eyes.

- MINGGUAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment