Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, March 30, 2011

Justin Bieber: 17 tahun & dilamun cinta!

Hari ini, 1 Mac 2011 dengan rasminya penyanyi pop kegemaran ramai, Justin Bieber menyambut hari kelahirannya yang ke-17. Berasal dari Stratford, Ontario, Kanada, bakat Bieber ditemui oleh Scooter Braun sekitar tahun 2008 menerusi video di YouTube. Braun yang menjadi pengurusnya membawa Bieber bertemu penyanyi R&B terkenal, Usher di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Bieber kemudiannya menandatangani kontrak di bawah Raymond Braun Media Group, usahasama antara Braun dan Usher. Selepas itu dia ditawarkan kontrak rakaman oleh penerbit muzik terkenal L.A Reid di bawah syarikat rakaman Island Records.

Single pertamanya, "One Time" di-released pada tahun 2009 dan sejak itu, anda tahu bagaimana kehidupan Bieber berubah menjadi seorang yang digilai ramai terutamanya peminat perempuan.

Bieber dan Gomez ketika pertama kali muncul sebagai
pasangan kekasih di parti Oscar anjuran Vanity Fair.

Berusia 17 tahun, semakin dikenali ramai dan baru-baru ini mengaku dilamun cinta bersama bintang Disney, Selena Gomez, sudah tentu tiada alasan untuk Bieber tidak gembira, bukan?

Seperti dipetik daripada Daily Mirror, Bieber sudah lama ingin mengumumkan hubungannya bersama Gomez, namun mereka menanti masa yang sesuai untuk melakukannya.

Pasangan ini muncul sebagai pasangan kekasih buat kali pertama di parti Oscar anjuran Vanity Fair baru-baru ini. Ada video menyaksikan Bieber dilihat mencium teman wanitanya itu. Awwww. Comel sungguh mereka berdua ini.

Kepada peminat Bieber, jangan lupa temu janji anda bersamanya pada bulan April akan datang ya?

Selamat hari jadi, Bieber!

No comments:

Post a Comment