Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, March 30, 2011

Mengapa Yusry menangis setiap malam?

"Saya masih ingat lagi saat Yusry menelefon saya dan memberitahu dia menangis setiap malam kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan jika saya tidak datang ke set penggambaran". Begitulah kata Norman Abdul Halim, Ketua Eksekutif KRU Studios yang juga abang kepada pengarah "Hikayat Merong Mahawangsa", Yusry, apabila ditanya tentang cabaran ketika membuat filem epik ini.

"Bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan set penggambaran yang besar dan tenaga kerja yang banyak terutama sekali cuaca yang sudah pasti tidak dapat dikawal oleh kita. Apabila hujan, semua set akan musnah dan kami terpaksa buat semula dalam masa dua hari. Selain daripada itu, skrip filem ini juga telah dirombak beberapa kali. Boleh dikatakan hampir perkara yang dirancangkan mempunyai cabaran masing-masing," sambung Yusry ketika ditemui di sidang media selepas tayangan filem untuk pihak media yang diadakan di Cathay e@Curve baru-baru ini.

Ketika sidang media itu berlangsung, pelakon "Jangan Pandang Belakang Congkak", Lisa Surihani yang turut hadir sempat bertanya soalan kepada Ummi Nazeera yang memegang watak Embok tentang perasaan beliau apabila berada dalam jarak sejengkal dengan muka Stephen Rahman Hughes.

"Sangat berdebar! Namun nasib baik Yusry ada menyatakan supaya kawal perasaan dan cuba sesuaikan diri agar keserasian antara kami dapat dilihat," jawab Ummi sambil ketawa.

"Hikayat Merong Mahawangsa" dibarisi pelakon yang mencipta nama melalui teater "Puteri Gunung Ledang", Stephen Rahman Hughes, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Jehan Miskin, Umie Aida, Nell Ng, Deborah Henry, Gavin Stenhouse, Craig Fong dan Jing Lusi.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada tarikh yang sama iaitu 10 Mac. Manakala negara jiran kita, Singapura pula masih lagi belum diketahui tarikhnya. Yusry turut mengumumkan filem ini akan ditayangkan di 69 buah negara.

Klik SINI jika anda ingin memenangi tiket dan barangan eksklusif "Hikayat Merong Mahawangsa"!


Sebelum ini, apa kata kita lihat siapa lagi yang hadir di malam gala "Hikayat Merong Mahawangsa" baru-baru ini!


Lisa Surihani turut hadir memberi sokongan.

Anuar Zain selaku penyanyi lagu runut filem ini
berjudul "Sedetik Lebih" turut hadir.
Norman Abdul Halim selaku penerbit filem.


Pengacara TV, Shera Ayoub akan muncul dengan
filem terbitan KRU, "Karak" tidak lama lagi.

Nell Ng memegang watak sebagai Ying Ying

Pelakon Sharifah Amani dan juga teman wanita kepada
Gavin Stenhouse baru sahaja pulang dari Shen Zhen, China
untuk sidang media filem terbarunya turut datang memberi sokongan.

Pengarah filem, Yusry Abdul Halim.
Edry Abdul Halim selaku penerbit dan
komposer kepada lagu runut filem
.
Craig Fong yang sebelum ini terkenal dengan filem "Spinning Gasing".
Craig memegang watak sebagai Admiral Liu Yun.

Pengacara "Diva@1" dan DJ radio Muzik FM.

Ummi Nazeera kelihatan anggun dengan dress birunya itu.
Stephen Rahman Hughes memegang watak sebagai
Merong Mahawangsa.

Khir Rahman sebagai Kamawas bakal muncul dengan filem arahan
beliau, "... Dalam Botol" di pawagam 24 Mac akan datang.

Pasangan "Hikayat Merong Mahawangsa"
sama cantik, sama padan.

No comments:

Post a Comment