Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, March 8, 2011

Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

Anda pernah dengar tak tentang tumbuhan yang namanya Pokok Lembiaga?

Pokok%2BLembiaga Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

Pokok Lembiaga

Pokok ini biasanya tumbuh di meliar di kawasan berhampiran pantai. Terutamanya di hutan paya bakau. Selain telinga bernanah ia didapati boleh merawat kembung perut, ,leka ehh…silap luka, resdung dan sakit gigi.

Caranya akan saya nyatakan satu persatu di bawah…….

A. Kembung perut

1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

Daun%2BLembiaga Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

Daun Lembiaga

2. Layurkan kesemua daun tersebut.

3. Tampalkan daun yang telah dilayurkan tadi ke atas perut yang sakit.

4. Ulangi semula langkah 1 hingga 3 beberapa kali sehinggalah masalah kembung perut yang anda hadapi benar-benar sembuh.

B. Luka dan sakit gigi

1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

2. Titikkan getah yang ada pada gigi atau tempat yang terluka.

Itu saja kaedahnya. Mudah, kan?

C. Resdung

1. Dapatkan sedikit kulit kayu pokok lembiaga.

Kulit%2BKayu%2BPokok%2BLembiaga Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

Kulit kayu Pokok Lembiaga

2. Jemurkan ia beberapa hari untuk tujuan pengeringan.

3. Setelah ia benar-benar kering, bakar kulit kayu tu dan hidu asapnya.

4. Pastikan anda hidu sampai ada lendir yang keluar dari hidung.

5. Kaedah ini boleh diulangi setiap kali anda mengalami resdung.

Ingin saya ingatkan kepada anda yang baru pertama kali mencuba kaedah ini, lakukannya sekali saja dulu. Jika serasi, barulah diteruskan secara konsisten. Okey. =)

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment