Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, March 30, 2011

Jay Chou idola hiburan Asia

Chou Chieh-lun atau lebih popular dikenali dengan nama Jay Chou, telah dilahirkan pada 18 Januari 1979 di Linkou, Taipei, Taiwan.

Beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit album dan filem, pelakon dan juga pengarah telah memenangi World Music Award sebanyak empat kali.

Bakatnya dicungkil melalui satu pertandingan dimana beliau menunjukkan kebolehan beliau bermain alat muzik piano.
Chou terkenal dengan karya ciptaan muzik yang menggabungkan gaya muzik cina dan barat dan irama pop, rock dan RnB disatukan menjadi irama muzik yang mendapat perhatian peminat.

Chou secara rasmi terlibat dengan dunia lakonan sekitar tahun 2005 dengan membintangi filem "Initial D". Menerusi filem tersebut, beliau telah berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong dan juga Anugerah Golden Horse. Selepas dicalonkan untuk beberapa anugerah untuk filem yang dibintanginya, Chou mengorak langkah untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri ini dengan membintang filem Hollywood arahan Michel Gondry iaitu "The Green Hornet" di samping pelakon Seth Rogen.

Chou yang pernah berkata, "Aku hidup kerana muzik", membuat keputusan untuk berkelana ke dunia perfileman kerana merasa perlu untuk menerima cabaran baru.

Sebilangan besar peminat beliau bimbang filem akan menguasai kerjaya muziknya. Namun Chou berulang kali meyakinkan bahawa filem adalah sumber inspirasinya, bukan untuk pengalihan kerjayanya.

Apa kata kita saksikan antara lima buah filem lakonan Chou yang berjaya mendapat tumpuan daripada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.


INITIAL D (2005)

"Initial D" merupakan filem pertama Chou namun beliau telah diberi peluang memegang watak sebagai peneraju utama.

Filem aksi berdasarkan komik dengan tajuk yang sama dari Jepun, Chou memegang karakter sebagai Takumi Fujiwara iaitu seorang pemandu kereta yang cukup berbakat dan tenang.

Ada kritikan negatif diberikan terhadap Chou atas lakonannya yang dikatakan hambar dan kaku.

Walaubagaimanapun ramai yang merasakan Chou cukup menjiwai wataknya dan keperibadian yang ditampilkan dalam realiti adalah sama dengan apa yang dibawanya itu. "Initial D" memberi tuah kepada Chou kerana dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong dan Anugerah Golden Horse.


CURSE OF THE GOLDEN FLOWER (2006)

Diarahkan oleh Zhang Yimou, "Curse Of The Golden Flower" merupakan filem kedua buat Chou. Walaupun diberi watak pembantu, filem ini telah berjaya menarik perhatian wartawan di China.

Menerusi filem ini, Chou telah bergandingan bersama pelakon handalan dan popular seperti Chow Yun-Fat dan Gong Li.

Chou berperanan sebagai Putera Jai, putera tertua dinasti kedua daripada tentera Empayar Xiao.

Filem ini turut ditayangkan di peringkat antarabangsa. Menurut pengkritik filem dari China, lakonan Chou tidaklah setanding dengan pelakon lain yang turut membintangi filem ini. Namun bagi pengkritik filem Barat pula, Chou diberi pujian atas lakonan yang ditampilkannya itu. Beliau telah dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong.


KUNG FU DUNK (2008)

Diarahkan oleh Chu Yin-ping, Chou memegang watak sebagai Fang Shijie, seorang mahasiswa kung fu yang menjadi pemain bola keranjang.

"Kung Fu Dunk" telah berjaya memperolehi kutipan sebanyak ¥100 juta (US$14.7 juta).

Selain daripada Chou, filem ini turut dibintangi Eric Tsang, Charlene Choi, Wilson Chen dan ramai lagi.

Pada mulanya pengarah ini ingin mendapatkan pemain bola keranjang NBA Yao Ming untuk penampilan khas. Namun tidak dapat berbuat demikian kerana mengalami kecederaan.


THE GREEN HORNET (2011)

Filem bergenre aksi superhero ini sebenarnya berasal daripada sebuah program radio pada tahun 1930-an dengan tajuk yang sama. Sejak itu, ia pernah dibuat sebagai siri televisyen, komik dan lain-lain.

Chou telah dipertanggungjawab memegang watak sebagai Kato. Sebelum ini watak Kato pernah dipegang oleh lagenda kung fu iaitu Bruce Lee.

Diarahkan oleh Michel Gondry dan bergandingan bersama pelakon terkenal seperti Seth Rogen dan Cameron Diaz, watak Kato ini sepatutnya diberikan kepada pelakon Hong Kong Stephen Chow. Namun beliau telah menarik diri dan Chou ditawarkan memegang watak tersebut.

Walaupun kurang fasih berbicara dalam bahasa Inggeris, lakonan Chou dalam filem ini dikatakan semakin ada peningkatan. Chou dilihat berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris supaya tidak kelihatan begitu kekok.


SECRET (2007)

"Secret" merupakan sebuah filem yang mendapat sentuhan daripada Jay Chou sendiri.

Pertama kali merangkap sebagai pengarah filem, penulis skrip, penerbit serta turut membintangi filem ini, "Secret" menyaksikan Chou mempamerkan bakatnya yang handal bermain piano.

Filem ini telah memenangi beberapa anugerah antaranyaVisual Effects Terbaik, Filem Taiwan Terbaik dan Lagu Asal Filem Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-44.

No comments:

Post a Comment