Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, July 14, 2010

Cuti-cuti Malaysia - Terengganu


Lagi cerita dan gambar gempar artis berkemban perjalanan ke Kuala Terengganu. Layansampai muntah !
Saya sampai Kuantan jam 2.30 pagi dan tidur semalam di rumah Maksu di Sungai Pancing Selatan. Tak tidur pun sebenarnya, bersembang sampai subuh. Selepas sarapan teruskan perjalanan ke Terengganu.

Saya pernah ke Kuala Terengganu 2 tahun lepas melalui Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Setiu. Dulu ikut hutan dan kawasan pendalaman Terengganu tetapi kali ini menyusur sepanjang pantai yang indah.

lemang di kijal 319x220 Layan gambar dan cerita sensasi

Sampai di Kijal, beli lemang. 2 batang rm 5 dan serunding daging. Berhenti depanTerminal Petronas Kertih , baru makan lemang ..sedap!

Lepas tu beli keropok dan berhenti lagi di pantai Telok Mok Nik atau nama glamernyaMonica Bay . Sampai di Kuala Terengganu cuba mencari chalet di tepi Pantai Batu Buruk tetapi banyak papantanda amaran - DiLarang Mandi.




Kalau dah datang pantai
tak boleh mandi, baik lepak atas sofa ruang tamu di rumah. Kami berpatah balik semula ke Marang dan menghubungi beberapa chalet yang terdapat sepanjang pantai hingga ke Kampung Rusila.

Keutamaan chalet tepi pandai, boleh mandi, bilik berhawa dingin dan persekitaran yang bersih. Saya tak sanggup bilik yang berkipas saja…bayangkan bilik 10m x 4m, tertutup dengan kipas ligat berpusing yang hanya tingi sikit dari hidung kepala sampai nak bernafas pun sesak.

Kami menginap di Ce’wer Chalet, Kampung Rusila, Marang yang best. RM 80 untuk satu malam. Tel. No 09-6183612 / 019-9847373.
Esoknya pagi Sabtu ada pasar pagi di
Jeti Marang

ikan segar di marang 289x220 Layan gambar dan cerita sensasi

Sepanjang pasar saya merayau tengok ikan. Segar dan hampir separuhnya saya tak pernah tengok sebelum ini, apalagi nama pun tak pernah sebut.

Sekarang musim mencandat sotong. Kalau malam boleh nampak lampu berkilau² terang benderang di tengah laut macam pasar malam. Saya beli ikan ebek seekor 1.1kg ( harga rm 16 sekilo ) dan sotong 3 kilo ( harga rm 12 sekilo ). Sotong 3 kilo tak sampai 10 ekor. Besar² panjang lebih dari sekaki.

kuih muih di pasar marang 289x220 Layan gambar dan cerita sensasi

Saya tenggelam dalam ghairah melihat berbagai jenis kuih muih. Kuih yang tepi berbungkus seperti tapai itu adalah Bengkang. Terkejut kerana biasanya bengkang dibakar dan keras tetapi bengkang di sini lembut macam lempeng dan disaluti santan pekat ( mcm karemel ). Ada 2 jenis – yang manis dan masin .

Roti Paun – mesti cuba! Ketupat daun palas digoreng. Sebiji 30 sen saja. Kuih tepung pelita besarnya sekali ganda dari di sini dan harganya RM1= 4! Saya lupa pula nak tanya kuih apa yang dalam bungkusan kun.

kuih puteri dua sebilik 289x220 Layan gambar dan cerita sensasi

Ini tepung bungkus ( puteri dua sebilik ) . Biasanya dibalut dengan daun pisang tetapi Puteri Dua Sebilik ini dibaluti dengan daun palas.

p/s – saya dapat email ada orang beritahu itu bukan daun palas tetapi daun pinang. Terimakasih.

Semua jenis nasi saya beli. Nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, nasi putih , pulut kuning dan pulut putih.

berbagai jenis nasi 289x220 Layan gambar dan cerita sensasi
Walau siapa pun anda, pegawai besar atau ada duit berkepok² tetapi untuk yang terpenting sekali adalah
kesabaran. Kita datang tempat orang, kalau nak tahu sedap ke tidak tengok berapa ramai orang yang berkerumun.

Gambar Masjid Kristal?

he he he..mestilah ada, tapi untuk simpanan peribadi sajalah. Sempat solat jamak sebelum hujan lebat melimpah² air di ruang jalan kaki…Lantainya tak mesra pengguna jadi saya berjalan ke kereta dengan berkaki ayam. Risau sebab hampir tergelincir.Tempat wuduk pun tak mesra pengguna.

Laman web Perlancongan Terengganu http://tourism.terengganu.gov.my

*Kredit to http://www.kujie2.com

No comments:

Post a Comment