Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 11, 2010

LRT Bakal Ada Koc Wanita


KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) membayangkan hasrat untuk mengikuti jejak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan memperkenalkan koc wanita bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel di ibu kota tidak lama lagi.
Kosmo! turut difahamkan, Prasarana yang merupakan pemilik dan pengendali pengangkutan awam LRT Aliran Ampang, LRT Aliran Kelana Jaya dan sistem monorel Kuala Lumpur telah membentuk satu jawatankuasa untuk tujuan itu.
Antara langkah yang telah diambil ialah mengadakan pertemuan dengan pihak KTMB yang antara lain bertujuan mempelajari teknik dan amalan di sebalik kejayaan pelaksanaan gerabak khas untuk kaum wanita oleh KTMB.
Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Prasarana, Ebi Azly Abdullah yang mengesahkan perkara itu mengakui RapidKL Sdn. Bhd. (RapidKL) sedang dalam proses mengkaji cadangan pelaksanaan koc wanita bagi perkhidmatan LRT dan monorel.
"Ya, kita sedang mengkaji dengan sangat mendalam mengenainya, " kata beliau di sini semalam.
Menurut Ebi Azly, kajian itu bertujuan menentukan sama ada pelaksanaan koc wanita boleh dijalankan dengan berkesan dalam sistem rel yang dikendalikan oleh RapidKL.

No comments:

Post a Comment