Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 11, 2010

Exora edisi terhad sempena ulangtahun 25 proton tampak mewah

Proton telah pun melancarkan tiga model kereta peringatan sempena ulang tahun Proton yang ke-25 di majlis makan malam gala sambutan ulangtahunnya.


Exora merupakan salah satu daripada tiga model proton yang dilancar sempena ulangtahun itu termasuk model Persona dan Saga. Namun, bagi setiap model hanya akan disediakan 25 unit sahaja.

Semua model edisi khas itu dilengkapi dengan tema harimau dan disertakan dengan reka bentuk rim aloi yang unik, melambangkan jalur harimau, tempat duduk kulit Napa serta logo ulang tahun ke-25 ditekap pada penyandar kepala. Model Proton edisi terhad itu juga dikeluarkan dengan warna ‘White Pearl’ eksklusif untuk permulaannya.


Pada model Exora, apa yang paling menarik adalah kemasan dalaman, yang disediakan dalam warna coklat dengan kemasan logo 25 tahun timbul di penyandar kepala kusyen dan ia menampak mempunyai citarasanya tersendiri dan benar-benar memberi satu dimensi baru terhadap model proton Exora. Tidak keterlaluan jika merasakan berada dalam sebuah kereta MPV bertaraf elit dengan penyediaan skrin sentuh di bahagian penumpang belakang.

Bahagian luaran, terdapat bodykit yang kemas dan bumper depan yang dikelilingi krom di foglamps serupa dengan Prestige Exora bumper.

Pada bahagian paparan di kabinnya Exora edisi terhad ini telah dilengkapi dengan skrin sentuh lebar yang boleh beroperasi dengan SD card dan USB bersama-sama dengan pemain cakera. Skrin itu juga boleh digunakan untuk paparan video dari kamera reverse serta paparan navigasi GPS.

Bagi penumpang baris kedua, setiap seorang dibekalkan dengan skrin LCD yang diletakkan pada penyandar kepala kerusi depan. Skrin LCD berkenaan dilengkapi port USB. Kerusi penumpang di baris ini juga telah pun diubahsuai dengan hanya dua kerusi yang mempunyai jarak yang selesa antara kedua-duanya jika dibandingkan keluaran biasa yang dilengkapi hanya kusyen biasa.

Exora edisi terhad sempena ulangtahun ke 25 proton itu akan dijual dengan harga RM91, 998 di atas jalan berserta insurans. Disamping harga edisi terhad model lain ialah RM54,500 bagi Saga, RM69,500 untuk Persona dan RM91,998 (Exora) atas jalan termasuk insurans. Tempahan bermula 12 Julai ini di semua ruang pameran Proton seluruh negara.

No comments:

Post a Comment