Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, July 9, 2010

Kekasih Baru Radhi OAG berusia 16 tahun?

Nur Shahira Ayu dan Radhi OAG

Gambar Radhi kelihatan mcm budak form 4 jugak...seswaii~


Sensasi:Timbul Gossip bercinta dengan gadis berumur 16 tahu apabila Radhi membawa gadis tersebut ke Mesyuarat Agung Karyawan.Tak menafikan yang mereka bercinta,Radhi cuma memberitahu bahawa dia belum bersedia utk berumah tangga...Gila ,kahwin budak skolah nanti jadi Issue besar ok..

Melihat kepada wajah dan "figure" Radhi sendiri yang kelihatan mcm budak2 Remaja kira okey la tue..sensasi berusaha nak cari gambar kekasih baru Radhi tapi belum Jumpa...nanti dah Jupa Sensasi Post ok..tunggu~~..(ok found)


PELAKON dan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali (gambar) belum bersedia untuk berumah tangga walaupun timbul gosip dia sudah mempunyai kekasih baru, Nur Shahira Ayu berusia 16 tahun.

Ketika diminta menjelaskan gosip tersebut, Radhi hanya mampu tergelak dan menafikannya.

"Kawan biasa sahaja. Tiada perhubungan serius. Lagipun dia masih bersekolah di tingkatan 4. Prioriti dia adalah pelajarannya dan bukan bercinta," katanya kepada MStar Online.

Radhi menjelaskan, dia mula mengenali Nur Shahira bertemu ketika Radhi terlibat dalam satu persembahan di pusat beli-belah The Curve, Damansara, Kuala Lumpur.

Bermula dari situlah mereka menukar nombor telefon masing-masing.

Berbicara tentang gambar yang diambilnya bersama gadis itu pada mesyuarat agung Karyawan di Finas tempoh hari, Radhi memberitahu, dia membawa Nur Shahira untuk mengajaknya menyertai Persatuan Karyawan.

Mengenai perkembangan semasanya, Radhi memberitahu, dia kini sedang dalam peringkat akhir menghasilkan single terbaru berjudul Limbo.

Katanya, dia sedang dalam proses mendaftarkan lagu tersebut bagi mendapatkan kod untuk muat.

Sejak perceraiannya dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif bulan lalu, Radhi berkata, dia kini tinggal di Bangsar dan tidak menetap di Kota Damansara lagi.

*Artikel dari http://my-sensasi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment