Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 4, 2010

Konsert Hujan VS Bunkface di KL Life Centre

Sebuah konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 yang bakal menggabungkan dua band indie popular Malaysia, Hujan dan Bunkface. Konsert Hujan VS Bunkface bakal menggegarkan KL Life Centre pada 10 dan 11 Julai ini, 8.30 malam.

Konsert yang berkonsepkan ‘battle of the band’ di mana kumpulan Hujan dan Bunkface akan membuat persembahan secara berselang-seli ini adalah anjuran bersama Persatuan Warga Cinta Negara (Pecinta) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) serta ditaja oleh Pujangga Kreatif Sdn. Bhd.

Selain menyampaikan lagu-lagu popular Hujan seperti ‘Pagi Yang Gelap’, ‘Jiwa Kelajuan’, ‘Dugaannya’, ‘Bila Aku Sudah Tiada’ dan ‘Aku Skandal’, sementara Bunkface dengan lagu-lagu hit seperti ‘Ekstravaganza’, ‘Revolusi’, ‘Prom Queen, ‘Situasi’ dan ‘Silly Lily’, kedua-dua band indie ini turut menyanyikan beberapa buah lagu secara berkolaborasi.

Tiket-tiket berharga RM50 ini boleh dibeli terus di kaunter Ticket2u (Istana Budaya) atau di KL Life Centre pada hari-hari persembahan. Maklumat lanjut, hubungi 03-4149 8600 atau layari www.ticket2u.biz dan www.klfestival.org.my

No comments:

Post a Comment