Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 11, 2010

Model berbogel kerana skuad Paraguay mara ke suku akhir

ASUNCION - Model pakaian dalam Paraguay, Larissa Riquelme telah mengotakan janjinya dengan berbogel untuk akhbar Diario Popular walaupun skuad bola sepak negaranya gagal memenangi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Model tersebut sebelum ini menjadi popular di kalangan peminat bola sepak selepas gambar yang menunjukkan sebuah telefon bimbit diletakkan di celah payu daranya menjadi sensasi di Internet.

Dia pernah membuat pengumuman akan berbogel di jalanan jika Paraguay menjadi juara Piala Dunia selepas pasukan negaranya melayakkan diri ke suku akhir.

Namun, selepas Sepanyol menewaskan Paraguay, dia memberitahu akan berbogel jika Sepanyol menang Piala Dunia.

Walaupun pasukan negaranya gagal ke peringkat akhir, model berkenaan sanggup berbogel manakala gambarnya itu disiarkan di akhbar Diario Popular.

Dia mendedahkan tubuh badannya itu bagi memberi penghormatan terhadap skuad bola sepak Paraguay yang menunjukkan prestasi cemerlang sehingga mara ke suku akhir. - Agensi

No comments:

Post a Comment