Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, July 1, 2010

SIMPLY SITI Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza

Pelancaran SIMPLY SITI iaitu Produk Kecantikan artis kesayangan tanah air, Dato Siti Nurhaliza akan dilancarakan bulan November ini.

Majlis taklimat produk Simply Siti kepada rakan niaga dan media telah pun selamat dijayakan di The Zon Hotel, Kuala Lumpur beberapa hari yang sudah. Produk ini turut membuka kepada rakan niaga dalam bentuk franchais.

Tumpuan produk Simply Siti ini bukan sahaja untuk pasaran dalaman tetapi juga untuk luar negara terutamanya dinegara jiran. Simpli Siti akan bekerja sama dengan TEKUN NASIONAL bagi menjalankan program bimbingan usahawan.

Kami di Blog Selebriti yakin dengan populariti yang ada pada selebriti Dato Siti Nurhaliza, tentunya produk ini akan meletup-letup nanti. Tahniah kami ucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza yang kini telah pun menjadi usahawan kepada produk kecantikan jenama sendiri.

Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi pengusaha franchais produk ni, anda boleh download borang dihttp://simplysiti.com.my/

Gambar disekitar Majlis Pengenalan Produk Simply Siti :

simplysiti produk kecantikan Dato Siti Nurhaliza

Simplysiti Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza

No comments:

Post a Comment