Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 11, 2010

Video lucah: Luna Maya dan Cut Tari akan dihadapkan ke mahkamah


JAKARTA: Dua selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari, secara rasmi disenaraikan sebagai suspek yang memainkan peranan utama dalam skandal pita lucah 'Peterporn', kata polis negara itu.

Jurucakap polis nasional Indonesia, Komander Kanan Marwoto Soeto, kelmarin berkata kedua-dua selebriti wanita itu akan didakwa dan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

Namun, tambahnya, Luna dan Cut tidak akan ditahan kerana kedua-duanya telah memberikan kerjasama semasa dalam siasatan dan adalah 'mangsa' vokalis utama kugiran Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, yang telah merakamkan aksi lucah mereka itu dalam beberapa video yang didedahkan baru-baru ini, menurut akhbar Jakarta Globe, semalam.

Difahamkan, wanita-wanita itu akan didakwa atas kesalahan yang sama dengan Ariel.

Vokalis utama Peterpan itu berkemungkinan berhadapan dijatuhkan hukuman penjara yang agak lama jika didapati bersalah di bawah Undang-Undang Anti-Pornografi yang dianggap kontroversial, Undang-Undang Maklumat dan Urus Niaga Elektronik (ITE) dan beberapa seksyen di bawah Kanun Jenayah Indonesia yang merangkumi berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Komander Marwoto bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kes itu.

Sementara itu, Cut, pengacara rancangan 'gosip' dan peragawati, akhirnya mengaku terbabit dalam salah satu daripada tiga video lucah yang telah disebarkan dengan meluas melalui Internet, selepas berminggu-minggu menafikannya.

Peguam belanya, Encik Hotman Paris Hutapea, kelmarin berkata anak guamnya sudah mengaku melakonkan adegan dalam rakaman video lucah dengan Ariel.

“Cut mengaku kepada saya, dia adalah wanita yang bersama Ariel dalam rakaman video lucah berkenaan,” ujarnya di balai polis di Jakarta, seperti yang dilaporkan akhbar The Jakarta Post, semalam.

Bagaimanapun, Cut memberitahu dia tidak tahu siapa yang merakam adegan dalam video lucah itu.

“Cut tidak tahu siapa yang merakam dan menyebarkan video lucah itu. Cut sendiri tidak pernah melihat, menyimpan atau mengedarkan rakaman video itu,” jelas Encik Hotman.

Peguam itu juga berkata, Cut tidak tahu-menahu bila adegan ranjang itu dirakam dan sama ada Ariel yang melakukannya atau bukan.

“Dia hanya tahu lelaki itu sering memainkan telefon bimbit dan ada juga mereka yang menerima panggilan ketika di ranjang,” katanya lagi.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa ibu Cut jatuh sakit berikutan pembabitan anaknya dalam rakaman video lucah bersama Ariel itu.

Luna dan Cut, Khamis lalu meminta maaf kepada peminat mereka tetapi ketika itu belum lagi mengakui merekalah wanita-wanita yang memainkan peranan dalam video itu.

Sejauh ini, polis belum dapat menentukan bagaimana video-video itu disebarkan kepada awam. -cyB

No comments:

Post a Comment