Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 6, 2010

Ella Masih Hebat Pada Usia 44

Pada usia 44 tahun, gaya Ratu Rock Malaysia ini persis wanita muda. Biarlah apa yang dikata, namun Ella tetap dengan pendiriannya. Jiwa rock yang menebal dalam diri sukar dikikis. Biarpun imejnya kini dikatakan lebih feminin, namun Ella menangkis tanggapan tersebut.


"Cuba katakan kepada saya bagaimana imej dan gaya rock yang sebenar?

"Tak semestinya saya memakai skirt bermakna saya bukan lagi rock. Dan tak semestinya kalau memakai seluar koyak itu rock. Imej tak menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.

"Fesyen saya berubah mengikut masa namun jiwa saya masih tebal dengan semangat rock," ujarnya yang masih kelihatan anggun.

Muncul dalam Red On Black

Bukan mudah seseorang pada usia 40-an menerajui konsert berskala besar, namun itulah yang dihadapi Ella apabila bakal digandingkan dengan dua lagenda rock,
Search dan Wingsdalam Konsert Red On Black pada 15 Oktober ini.

"Memang gementar bila memikirkan tarikh konsert yang semakin hampir, namun saya yakin bila bergabung dengan semangat Awie dan Amy, saya juga akan jadi gah seperti mereka di atas pentas nanti.
Spirit bersama group juga membantu persembahan nanti. Jangan risau sebab stamina saya masih bagus lagi," katanya bakal muncul dengan album baru awal bulan depan.

Peminat boleh mendapatkan tiket di 1malaysiaticket.com, Viva Sport Sdn. Bhd.(Pertama Kompleks), Stadium Darul Makmur Kuantan, Hotel Seri Malaysia Kuantan, Nur An Nur Enterprise (019-9397520), Terengganu Creative Intelligence Advertising (09-6173678), Hesna Enterprise (013-9548688) dan Mumtaz Murad Ali Sdn Bhd (09-6222832).

FOTO oleh JEFFRI IRAN

No comments:

Post a Comment