Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 6, 2010

Konsert RED ON BLACK - Wings, Search dan Ella


Konsert Double Trouble masih hangat terasa dan kini penggemar setia muzik rock bakal diraikan dengan satu lagi persembahan lagenda rock Malaysia. Dan buat julung kalinya, Ratu Rock Negara, Nor Zila Aminuddin atau Ella akan muncul bersama Wings dan Search dalam Konsert Red OnBlack pada 15 Oktober ini.


"Ini adalah kesinambungan daripada
Konsert Double Trouble dan kini kami kembali dengan membawa sekuntum bunga untuk menghiasi pentas. Ella telah menyatakan persetujuan yang tidak berbelah bagi untuk menyertai kami. Harapnya Red On Black akan mencatat sejarah seperti yang berlaku di Bukit Kiara bulan Mei lalu.

"Kami memilih Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang untuk menjayakannya agar peminat di bahagian Timur dapat bersama-sama menikmati konsert ini kerana kami dapati konsert
Double Trouble yang lepas, kurang sekali penyertaan daripada peminat dari Pantai Timur. Kali terakhir kami buat konsert di Kelantan adalah pada tahun 1987.

"Kami dengan berbesar hati menurunkan harga tiket kepada RM57 untuk memberi penghargaan kepada peminat yang terus setia menyokong perjuangan muzik rock kami," ujar Awie.

Konsert ini dijangka berlangsung selama dua jam dan bakal menyaksikan keampuhan tiga lagenda rock mempersembahkan lebih 25 buah lagu termasuk
Pawana, Gadisku, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Pengemis Muda, Rama-Rama dan banyak lagi.

Peminat boleh mendapatkan tiket di 1malaysiaticket.com, Viva Sport Sdn. Bhd.(Pertama Kompleks), Stadium Darul Makmur Kuantan, Hotel Seri Malaysia Kuantan, Nur An Nur Enterprise (019-9397520), Terengganu Creative Intelligence Advertising (09-6173678), Hesna Enterprise (013-9548688) dan Mumtaz Murad Ali Sdn Bhd (09-6222832).

FOTO oleh JEFFRI IRAN

No comments:

Post a Comment