Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 13, 2010

Jom Sertai Ujibakat Polo Rocks! Will You?

Ada bakat pun tak guna kalau tak berani nak tonjolkan diri. Betul tak? Sekarang ni, Budiey tengok banyak betul sesi ujibakat kat luar sana yang korang boleh join untuk mengasah bakat.

Yang penting, korang kena cuba dulu, manalah tahu, anda boleh jadi terkenal satu hari nanti.

Polo

Budiey ada dengar tentang satu pertandingan untuk mencari bintang rock atau rock star yang dilancarkan oleh Volkswagen Group Malaysia. Tentu sekali ujibakat ini untuk korang yang tercari platform untuk jadi bintang.

Kalau anda berbakat menyanyi lagu rock secara solo atau berkumpulan, ini peluang untuk anda! Budiey rasa, pertandingan ini memang gempak habis sebab menawarkan hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah album rock anda sendiri yang akan diterbitkan secara profesional.

Fuh, lumayan betul! Kerja setahun pun tak dapat banyak tu kan? Hebat kan hadiahnya? Mana tak hebatnya, sebab tujuan event yang boleh dikira ‘rocking’ ni sebenarnya nak memperkenalkan dan mempromosikan dengan lebih hebat lagi brand Volkswagen.

Budiey pun rasa pertandingan mencari rock star ini sudah tentu kena pada masanya. Mesti ramai yang nak join!

Apatah lagi, Volkswagen Polo ni kalau tak silap, memang serasi dengan jiwa muda yang segar dan ceria.

Seiring dengan pelancaran Volkswagen Polo tak lama lagi, tak dapat dinafikan, Budiey pun rasa nak datang ke ujibakat ni. Bukan untuk cuba join sebab Budiey manalah ada bakat pun. Nak tengoklah, mana tahu ada artis kita yang akan join! Mana tahu kan?

Polo

Jadi, apa lagi, setkan tarikh ni. Ujibakat akan diadakan di 27 lokasi di sekitar Lembah Klang, Penang, Ipoh dan Johor Bahru yang bermula dari 13 Oktober – 31 Oktober 2010.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah. Seperti yang Budiey katakan tadi, ujibakat boleh disertai secara solo dan bersama dengan band.

Setelah melalui ujibakat dan saringan, finalis yang terpilih akan bertanding untuk merebut gelaran juara pada 19 November 2010 yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.

Budiey difahamkan oleh penganjur, selain ada ujibakat dan melihat peserta buat performance, korang yang hadir boleh bertemu mata dengan Liyana Fizi, Arabyrd, Atilia dan Bo. Artis ni turut menghiburkan dengan persembahan istimewa.

Sebenarnya, Budiey dapat info ni di www.facebook.com/mypolorocks

Yang paling menarik, buat korang yang tak dapat datang, jangan risau, semua persembahan istimewa dari artis akan dirakam dan diupload di www.facebook.com/mypolorocks

Pemenang akan ditentukan berdasarkan undian pelayar laman Facebook Rasmi Polo Rocks dan juga panel juri yang profesional.

Amacam, berani? Jom ke ujibakat dan serlahkan bakat jiwa rock anda sekarang! Polo Rocks! Will You!

Polo

Polo

Atilia

Polo

Polo

No comments:

Post a Comment