Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, October 24, 2010

ZIZAN RAJA LAWAK KECOHKAN MALAM BERSAMA BINTANG

9 April – Bertempat di Dataran Karyawan Finas, bermula jam 8 malam, Malam Bersama Bintang edisi keempat giliran Bahagian Produksi telah membawa pelawak terkenal Zizan Raja Lawak dan barisan artis jemputan popular seperti Estranged dan Azlan & The Typewriter. Dianggarkan lebih dari 800 pengunjung membanjiri Dataran Karyawan. Penampilan dari band Finas membuka acara Malam Bersama Bintang dengan membawa beberapa buah lagu popular yang dinyanyikan oleh warga FINAS, Ahmad Syazli, Farah dan Ameerza.

Band dari Estraged dan Azlan & The Typewriter menyusul selepas band Finas membuat persembahan dengan membawa lagu-lagu hit mereka. Penampilan istimewa dari pelawak popular Zizan dan Sherry Ibrahim menghangatkan suasana disamping mempromosikan filem mereka iaitu ‘Kapoww’ dengan diiringi tiga maskot watak filem tersebut. Filem seram Niyang Rapik ini telah ditayangkan kepada pengunjung.

Selain orang ramai, Malam Bersama Bintang dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan 2 Kelab Pencinta Filem. Turut hadir dalam majlis Malam Bersama Bintang ialah Zed Zaidi, pelakon utama filem Niyang Rapik, Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim, Timbalan Ketua Pengarah, Mohd Zulkifli Ab. Wahab, rakan media dan peminat filem.

Majlis ini adalah sebahagian dari program induk FINAS iaitu Program Merakyatkan Filem untuk menarik minat penonton menyokong filem tempatan.

No comments:

Post a Comment