Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 27, 2010

Saida Fail Perceraian Dengan Mohd. Ghazali


Difahamkan Siti Norsaida Tarudin atau Saida (kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin) membuat permohonan cerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 6 Oktober lalu.

Beliau sebagai plaintif menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, sebagai defendan. Bagaimanapun, masing-masing tidak hadir kerana prosiding hari ini tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Saida, 34, dan Mohd Ghazali, 40, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun.

Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.

Haihh....

Nasihat kami, buang yang keruh ambik yang jernih.. Moga Saida & Ghazali tabah mengharungi ujian ini.

No comments:

Post a Comment