Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 13, 2010

rating Nona jatuh kerana Maya Karin jadi host?

Selepas hampir setahun Maya Karin mengemudikan rancangan Nona, maklum balas yang diterima adalah pelbagai. Sudah menjadi adat resam dunia hiburan, ada yang suka dan ada yang tidak. Rata-rata maklum balas yang diterima kebanyakannya merasakan Maya tidak mampu menarik perhatian minat mereka untuk terus menonton Nona seperti mana musim-musim terdahulu. Sehingga ada desas-desus mengatakan rating Nona tidak lagi sehebat dulu apabila ia hanya sekadar mencatatkan jumlah penonton sekitar 1 hingga 1.2 juta setiap minggu sahaja.

Pelbagai reaksi yang diterima tentang gaya penyampaian Maya yang pada hemat mereka kelihatan kekok dan begitu canggung sekali jika hendak dibandingkan dengan penyampai terdahulu. Memang pada asalnya, kata Penerbit Eksekutif Nona, Hartina Ayu Harun, pemilihan Maya sebagai hos Nona adalah untuk memikat golongan urban di samping pengikut setia program wanita unggul itu.

"Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Maya sebagai punca rating Nona tidak sehebat ketika Normala atau Nurfarahin mengendalikannya dulu. Kami di TV3 harus akui persaingan kini semakin sengit dan penonton pun mempunyai seleksi untuk memilih rancangan kegemaran mereka. -Utusan

No comments:

Post a Comment