Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, October 25, 2010

Video Lady Gaga ditonton satu bilion kali

LONDON - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga mengetepikan penyanyi Justin Bieber apabila video-videonya telah ditonton sebanyak satu bilion kali di YouTube lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bagaimanapun, Lady Gaga perlu melindungi statusnya kerana penyanyi remaja dari Kanada, Justin Bieber mengikutinya dengan rapat dengan keseluruhan videonya telah ditonton sebanyak 962,726,797 di YouTube sehingga kelmarin.

Ramai pihak yang menganggap Bieber akan mengatasi Lady Gaga dalam tempoh seminggu.

Bieber mungkin dapat mengatasi Lady Gaga kerana kandungan video penyanyi wanita itu tidak dibenarkan disiarkan di kebanyakan negara atas isu hak cipta.

Sementara itu, Bieber turut memegang rekod video muzik yang paling banyak ditonton di YouTube iaitu 366 juta menerusi lagu Baby.

Bagaimanapun, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romance memegang gelaran sebagai individu yang mempunyai ramai pengikut di Twitter.

Dia kini mempunyai hampir tujuh juta pengikut mengatasi Bieber dan penyanyi Britney Spears.

No comments:

Post a Comment