Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, October 26, 2010

Harga Tiket Piala Malaysia 2010 Naik RM10

Kecewa dan terkejut, itulah reaksi saya apabila semalam tv3 mengumumkan harga tiket Piala Malaysia 2010 naik sebanyak rm10 berbanding tahun lepas. RM30 bagi tempat duduk bebas dan Rm50 bagi grand stand. Alasannya kerana perlawanan akhir.


”Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, harga tiket yang ditawarkan serendah RM5”. Kalau perlawanan biasa cuma Rm15 dan kini naik lagi seumpama menangguk di air yang keruh!

Sebanyak 30,000 tiket akan diberikan kepada Kelantan dan Negeri Sembilan dan jika terdapat lebihan sehingga hari Jumaat ini, Jawatankuasa Pengelola akan menjual tiket itu di Stadium Nasional Bukit Jalil seawal 9 pagi Sabtu ini. Pemeriksaan badan juga akan dilakukan bagi mengelakkan barangan tidak dibenarkan masuk seperti mercun dibawa masuk. Tetapi saya rasa mesti ada yang terlepas punya! hehe!


P/s: Agak pelik dengan tindakan FAM menahan jurulatih kelantan B Sathianathan di saat akhir berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia 2010. Apa pun,diharapkan penyokong kelantan menunjukkan sikap professional supaya negeri kita tak dilabelkan buruk oleh penyokong negeri lain. Gomo Klate Gomo!

No comments:

Post a Comment