Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, October 15, 2010

Susu Kambing HIGOAT

Pilihan Terbaik Sepanjang Zaman

susu_kambing_01

PENGENALAN:

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, anti-arthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

Penyelidikan : Pusat Maklumat Utusan

KELEBIHAN SUSU KAMBING

-Paling hampir dengan susu ibu

(minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).

-Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).

-Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila…).

-Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.

-Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.

-Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.

-Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.

-Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

  • Penyakit demam kuning.
  • Penyakit lemah jantung.
  • Penyakit darah tinggi.
  • Penyakit migraine / kerap merasa pening kepala.
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
  • Penyakit batuk kering atau TB.
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.

higoat-box

SUSU KAMBING ADALAH YANG TERBAIK SELEPAS SUSU IBU

  1. Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh.
  2. Bersifat alkali bukan asidik.
  3. Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
  4. Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  5. Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
  6. Mudah dicerna(menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan.
  7. Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
  8. Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma(lelah), migrain(sakitkepala), penyakit kulit, insomia(sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout.
  9. Menguatkan jisim tubuh yang sihat(tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.
  10. Memulihkan tenaga batin dan awet muda.

FAKTA:
Penyelidikan oleh pakar-pakar pemakanan Jepun mendapati khasiat susu kambing sebenarnya 2 kali ganda daripada khasiat yang terdapat dalam susu lembu.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

  • Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  • Kolestrol daging lembu dan ayam.
  • Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  • Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging burger atau daging di restoran makanan segera.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  • Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
  • Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
  • Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Uraikanlah kolesterol itu dengan kolestrol kambing.

Sodium(sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging bUrger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkanlah memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing.

Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Susu Kambing Minuman Rasul Junjungan
Posted by intanrohaida under Uncategorized

Dalam keperitan panas mentari, kelihatan 3 susuk tubuh dalam perjalanan ke satu destinasi. wanita yang menghuni khemah itu sedang setia menanti kepulangan suami untuk rezeki mereka pada hari itu, yang ada bersamanya hanya seekor kambing betina tua yang kurus dan kekeringan susu.

Tatkala menjawab salam daripada 3 insan pengembara itu, dia menjawab tiada apa yang mampu dihidangkan kepada mereka kerana sang suami yang dinanti masih belum kunjung tiba. namun, dia berbesar hati menyediakan tempat untuk mereka menumpang berteduh buat sementara waktu bagi menghilangkan lelah sebelum perjalanan yang jauh diteruskan kembali. Kedengaran suara meminta izin dari wanita itu agar dapat sekiranya memberi mereka sejenis bekas dan apa yang boleh diguna untuk diperah susu daripada kambing betina tua itu..

Wanita itu terperanjat tetapi tetap menghulurkan bejana dari kulit sambil mengatakan yang kambing itu dah tua dan telah lama kekeringan susu apatah lagi keadaan mereka di padang pasir yang membuatkan kambing itu kurus kering.

Namun, itulah keajaibannya. apa yang tidak diketahui wanita itu adalah tetamunya itu bukanlah sembarangan orang tetapi Baginda adalah Rasul Junjungan Mulia, Muhammad Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

Rasulullah saw menggunakan tangan baginda yang mulia itu lalu mula memerah susu kambing. Bukan sahaja susu memenuhi bejana malah, kambing betina itu terus terusan mengeluarkan susu setiap kali diperah. Wanita itu sungguh kagum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada para tetamunya yang kemudian meneruskan kembali perjalanan mereka.

Apabila suaminya pulang, tidak hentinya kisah itu diulang dan suami yang gembira itu menyatakan itulah Muhammad yang kisahnya didengar dari pekan dan semakin ramai pengikutnya.

Itu adalah satu daripada banyak lagi kisah Nabi tercinta dengan minuman kegemarannya, susu kambing. Sebenarnya, sesuatu yang sunnah itu banyak sekali fadilat dan manfaatnya, kerana rasulullah saw adalah insan terbaik pilihan Allah yang ditulis dalam al-Quran sebagai role model atau contoh ikutan yang baik untuk sekelian umat manusia. “Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad meliankan untuk membawa rahmat ke seluruh alam”. .

Wallahu a’lam….

higoat-sachet

HARGA: RM36.60 (TIDAK TERMASUK KOS POS)

KANDUNGAN: 15 SACHET X 21GM

CARA PENGAMBILAN:

-Diminum diwaktu PAGI (setengah jam sebelum bersarapan) dan MALAM(sebelum tidur).

PERINGATAN:

-Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Hanya bancuh dengan air suam sahaja.

EJEN SUSU KAMBING HiGOAT

Untuk menjadi Ahli:
http://www.higoat2u.com/?id=HiGOAT

My Blog:
http://susuhigoatpower.blogspot.com/

Untuk order sila Call/SMS:
013-238 5093

No comments:

Post a Comment