Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, October 28, 2010

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Aidil Masih Sayangkan Rita Sepenuh Hati

rita rudaini aidil

Macam filem Hindustan. Itulah yang dapat kami konklusikan daripada kisah rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil ini. Semua watak pun ada. Watak keluarga mentua yang tidak dapat menerima menantu. Watak seorang suami yang penyayang dan cuba pulihkan hubungan isteri tercinta dengan keluarganya. Dan paling penting, watak Ayu Raudhah yang menempel di sebalik kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Rita Rudaini yang kini hamil 2 bulan. Walaupun bergaduh, tapi masih sempat lagi meramaikan umat Islam di muka bumi. Teringat kata orang tua-tua yang pernah kami dengar. Kalau makin kerap suami isteri bergaduh, maka makin banyaklah anak yang akan keluar nanti. Nanti kami dah kawin nanti nak gaduh selalu lah.

Dan sebenarnya hubungan Rita Rudaini dan Aidil masih teguh dan kukuh. Aidil masih menyayangi Rita seperti mana di awal perkahwinan mereka dahulu. Kata Aidil:-

Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya. Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan. Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet. Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali.

Respek dan kagum kami dengan Aidil. Walaupun masih muda terserlah bakat kepimpinan seorang suami di dalam kata-katanya itu. Marilah kita sama-sama doakan agar hubungan mereka akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terlalu banyak kisah penceraian yang kita dengar di kalangan artis selama ini. Semoga mereka tak termasuk di dalam golongan tersebut.

P.S: Bila agaknya Zakuan nak datang merisik Ayu Raudhah? Kesian kami tengok Ayu Raudhah canang kat semua suratkhabar pasal rombongan merisik Zakuan. Datangnya tidak jugak.

No comments:

Post a Comment