Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, October 26, 2010

Konsep Asas Kecilkan Lengan dan Peha

Kebelakangan ini, agak kerap pertanyaan diajukan tentang latihan untuk kecilkan lengan dan peha antaranya ”bagaimana mengecilkan lengan saya dan perut saya sudah mengecut tetapi kenapa peha saya masih tidak menyusut”. Pernah tak anda melihat perubahan seorang yang gemuk berjaya menurunkan berat badan yang diingini dan apa yang paling bestnya pipi juga berubah menjadi kecil?

Lengan semestinya penting untuk dilatih, tetapi jangan terlalu fokus latihan lengan saja setiap kali datang ke gym dengan harapan bahagian lengan akan mengecil. Itu sama sekali salah. Latihan lengan cukup sekali saja seminggu kerana dengan latihan otot yang lain seperti dada, kaki dan bontot, tangan kita juga pasti akan terlatih. Melatih otot besar itu akan membakar lebih banyak kalori sehingga lemak dalam badan anda akan berkurangan.

Info penting: harus disedari bahawa latihan beban pada bahagian badan tertentu itu adalah untuk melatih otot dibahagian tersebut. Ketika kita melatih lengan kita misalnya, bererti otot lengan kita yang bekerja sedangkan lemak di bahagian lengan cuma seperti segumpal pasta yang tergantung di sana tanpa dipanaskan. Seberapa kerasnya kita melatih lengan kita, tidak akan ada kesannya terhadap lemak di bahagian lengan.


Tetapi bagaimana pipi boleh dikecilkan tanpa latihan beban? Sebenarnya, badan kita sendirilah yang mengatur pembakaran lemak dibahagian mana – mana badan. Kita tidak boleh mengatur yang mana perlu kurus dahulu atau yang mana perlu gendut dahulu. Semuanya bergantung pada genetik kita masing-masing. Seperti ada orang yang makan banyak kemudian lengannya dulu yang berubah gemuk, tetapi ada orang lain yang lengannya tidak menjadi masalah melainkan pahanya terlebih dulu yang menjadi gemuk.

Tetapi selain daripada itu, ada satu aturan yang perlu kita ketahui iaitu apabila anda kurus dan kemudian makan banyak dan menjadi gemuk, perhatikanlah urutan anda menjadi gemuk ”Apabila dimulai dari peha, kemudian perut, dan terakhir pipi” maka kalau anda menguruskan badan anda, urutan tersebut akan dibalik. Yang akan kurus pertama adalah pipi, kemudian perut dan terakhir peha.

Itulah yang membezakan badan setiap individu dan membuatkan kita bingung dengan pertanyaan ”kenapa peha saya masih besar padahal perut saya sudah kempis”.Penyelesaiannya adalah teruskanlah usaha anda, kerana badan kita sememangnya mempunyai urut-urutan tersendiri untuk membakar lemak. Setelah lemak dibahagian perut berkurang, badan akan mulai mengurangi lemak dibahagian peha seperti urutan yang sudah terprogram dalam diri anda.

P/s: Tiada hasil yang mengujakan tanpa kesabaran yang tinggi tahap dewa! Bak kata pepatah ”nak seribu daya, taknak seribu dalih”.

No comments:

Post a Comment