Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 20, 2010

Konsert Super Awesome Paramore di Bukit Jalil






Sensasi:
Comelnyer Hayley William nie kan...walaupun badan kecik tapi suara tetap mantap..

Mantap!!Hampir 8,000 orang membanjiri Bukit Jalil semata-mata untuk melihat kumpulan kesayangan mereka ini, Rasanya agak lama peminat di Malaysia menanti kehadiran kumpulan pop-punk yang berasal dari Franklin, Tennessee, Amerika Syarikat ini semenjak ia ditubuhkan enam tahun lalu iaitu tahun 2004.

Paramore yang dianggotai oleh Hayley Williams (vokal), Josh Farro (gitar), Taylor York (gitar), Jeremy Davis (bass) dan Zac Farro (dram) memulakan persembahan mereka buat pertama kali di Malaysia sekitar jam 8.30 malam dengan lagu "Ignorance" yang diambil daripada album ketiga mereka, "Brand New Eyes". Peminat dihiburkan dengan lagu-lagu popular mereka seperti "CrushCrushCrush", "That's What You Get", "Decode", "Fences", "Brick By Boring Brick" dan persembahan hampir satu jam setengah itu diakhir dengan lagu "Misery Business". Mereka juga turut mempersembahkan beberapa buah lagu seperti "When It Rains" dalam versi akustik.

Kelihatan juga beberapa artis seperti Noh (Hujan), Mizz Nina, Youk (Bunkface) dan juga pengacara "Bang Bang Boom" Ahmad Azahari yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan isteri orang.

No comments:

Post a Comment