Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 13, 2010

Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta

Filem yang berbentuk komedi, walaupun kadang-kadang rasa tak kelakar, kalau kena dengan cara, tak rugi untuk kita layan. Sekurang-kurang ada mesej pengajaran serta skrip yang lengkap dengan falsafah kehidupan itu dah memadai.

Semalam, jam 10 pagi telah berlangsung Prebiu Filem Cuti Cuti Malaysia… ops… silap sebenarnya CUTI CUTI CINTA. Diterbitkan oleh Metrowealth MIG, melalui anak syarikatnya iaitu Metrowealth Pictures Sdn Bhd. Filem ini adalah filem yang ke-8 untuk tahun 2010. Melengkapkan 41 filem yang diterbitkan oleh MIG.

Prebiu Cuti Cuti Cinta

Pelakon bergambar bersama pengarah dan penerbit

Filem arahan Ahmad Idham ini akan mulai ditayangkan mulai 21 Oktober 2010. Sebuah filem romantik komedi yang Budiey rasa sarat dengan mesej dan pengajaran. Tentang pengertian cinta dan kehidupan.

Prebiu Cuti Cuti Cinta

David Teo sebagai penerbit filem turut berucap walaupun masih tak sihat.

Menurut Idham, filem itu lebih bersifat kisah cinta antara dua golongan yang berlainan pandangan mengenai kehidupan. Ia diwakili watak Omar Rudy (Farid) dan Eeva Elyana (Nora) yang bertemu di sebuah pusat percutian, apabila wanita muda daripada keluarga berada itu cuba menenangkan diri setelah dikhianati Remy (Zed Zaidi), lelaki kaya yang cuba disatukan dengannya oleh keluarga.

Ahmad Idham

Omar Rudy ialah seorang daripada pekerja di hotel penginapannya. “Ia memaparkan pertembungan ideologi antara dua insan daripada latar belakang yang berbeza. Eeva mewakili manusia yang mempunyai harta dan kedudukan, serta kehidupan serba moden di kota. Manakala Omar pula lebih kepada lelaki yang datang daripada keluarga desa, serta hidup bersederhana dengan menjadikan laut antara punca pendapatan.

Kehidupan bukan setakat apa yang kita nampak di hadapan mata kita. Apa pula pengertiannya bagi mereka yang berada dalam situasi berbeza, serta mempunyai cara hidup yang berlainan? – Ahmad Idham

Kata Idham, dia cuba mengetengahkan latar lokasi yang berbeza apabila kisahnya banyak bertumpu di kawasan percutian tepi pantai serta perkampungan nelayan. Visual menarik amat diharapkan apabila dia berjaya mendapatkan jurukamera terbaik, Raja Mukhriz Raja A Kamarudin.

Ahmad Idham

Buat pertama kalinya, Farid Kamil dan Nora Danish digabungkan sebagai pelakon utama. Selain itu, filem yang berlatarkan Pantai Morib sebagai lokasi ini dijayakan oleh Cat Farish, Adeep, Wangi dan Zizie dari The Fabulous Cat, Zed Zaidi, Kaza, Zaibo, Azizah Mahzan dan Delimawati.

Prebiu Cuti Cuti Cinta

Gandingan julung kali Nora Danish & Farid Kamil

Nora Danish

Nora Danish

Prebiu Cuti Cuti Cinta

Cat Farish & Adeeb

Adeeb

Adeeb

Cat Farish

Cat Farish, tetap hip hop selamanya

Zizi

Zizie


*Artikel dari budiey.com

No comments:

Post a Comment