Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, October 4, 2010

Konsert Red On Black Wings & Search Featuring Ella


Tarikh : 15 OCT 2010
Masa : 8.45 PM
Tempat : Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang
Harga Tiket : RM57.00
Nantikan Konsert Red On Black Wings & Search Featuring Ella yang bakal menggegarkan Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang pada 15 OCT 2010 ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi HOTLINE 1malaysiaticket 010-2134170 / 010-2134270 dan agen-agen yang berhampiran anda.
RED ON BLACK
WINGS & SEARCH FEATURING ELLA


SIARAN AKHBAR :
KONSERT RED ON BLACK
15HB OKTOBER 2010 @ STADIUM
DARUL MAKMUR
KUANTAN PAHANG


SEANDAINYA mahu disusun segala kekangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi untuk melunaskan hasrat menjayakan konsert mega, barangkali sukar untuk mempercayai betapa utuh semangat mereka dalam merempuh setiap dugaan yang datang.
Bekalan mereka cuma satu - kecintaan mendalam terhadap muzik yang mengalir dalam diri lalu menyuburkan sebuah magis yang tidak pudar biarpun kekuatan semangat mereka sentiasa diuji.
Biar musim bersilih ganti, tiada siapa yang akan menidakkan keampuhan populariti serta pengaruh yang dicipta tiga legenda rock tempatan iaitu Search, Wings dan satu-satu
Ratu Rock negara, Ella.
Tiga jenama ini terus mencatat sejarah, melakar pelbagai kejayaan gemilang yang terus memperkasakan kedudukan mereka tanpa pernah secalit pun digugat.
Keutuhan populariti mereka merentas masa, membelah waktu untuk kekal bertahan di hati peminat meskipun industri muzik sentiasa memperlihatkan peralihan dan perubahan.
Pasti masih kekal dalam ingatan penggemar rock tempatan, tarikh 1 Mei 2010 telah tercatat sebagai sejarah yang begitu bermakna buat dua gergasi rock, Search dan Wings.
Tarikh yang meninggalkan satu kesan yang sukar untuk diungkapkan dengan perkataan untuk penggemar setia dua jenama yang tumbuh mekar sejak 20 tahun lalu.
Tarikh itu menyaksikan dua jenama rock negara yang terus unggul itu beraksi di depan sekumpulan peminat, pastinya penggemar setia muzik rock terdiri daripada pelbagai usia bersatu meraikan legenda yang membanggakan persada rock negara.
Kehebatan Double Trouble yang berlangsung di Arena Tertutup,
Bukit Kiara Equestrian & Country Resort itu menggamit lebih 20,000 peminat untuk bersesak menyaksikan sebuah persembahan penuh bersejarah daripada dua legenda rock yang terus kental meniti di bibir peminat.
Biarpun disaingi oleh sebuah konsert besar lain yang dijayakan kumpulan dari seberang, keutuhan dokongan yang diterima Search dan Wings kekal mekar di hati peminat mereka.
Tarikh 1 dan 2 Julai lalu juga meninggalkan satu impak bermakna kepada Ella apabila buat pertama kali diberikan kepercayaan untuk beraksi secara solo di panggung berprestij, Panggung Sari,
Istana Budaya.
Konsert Ella & Orkestra Simfoni Kebangsaan itu adalah bukti keunggulan Ella untuk terus bertahan selama 25 tahun sebagai Ratu Rock negara yang belum dicabar,
Bahkan pada usia 44 tahun, pemilik nama lengkap, Nor Zila Aminuddin ini masih utuh menebarkan keampuhan kredibilitinya tanpa lelah.
Bagi Ella, peminat ialah sumber kekuatan yang memperkasakan dirinya untuk terus bertahan, sekali pun dalam perjalanan panjang itu dia juga tidak terlepas diduga.
Sepanjang diduga, cintanya kepada nyanyian tidak pernah bernoktah meskipun sesekali terdetik di hati untuk memperlahankan karier seninya.
Ella akur menempuh realiti perjalanan insan seni umpama roda yang tidak akan pernah berhenti berputar. Naik turun roda itu bagaimanapun, tidak pernah menggusarkan pemilik tubuh kecil yang berjiwa kental ini.
Dia sudah memiliki segala-galanya, bahkan catatan kejayaannya juga sarat pencapaian gemilang namun jiwa seni sejati Ella sentiasa mendesak dirinya untuk mencari cabaran baru.
Lalu, tiga jenama rock perkasa itu sekali lagi akan mengorak langkah berani apabila tampil menjayakan sebuah konsert besar-besaran, Konsert RED ON BLACK pada 15 Oktober depan.
Kehebatan aksi yang terus diperkatakan itu membuatkan Awie Entertaiment Sdn Bhd dan Red On Black Sdn Bhd menyahut cabaran baru dengan menyatukan kesemua legenda rock tempatan itu.
Apakah sejarah kehebatan Konsert Double Trouble dan keunggulan aksi Ella akan kembali berulang apabila lontaran bertenaga mereka bergema semula di Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang pada 15 Okotober ini?
Pastinya perkhabaran itu membawa berita gembira, selain sebagai penghargaan kepada sokongan peminat buat tiga legenda berkenaan di negeri tersebut.
Sebagai kumpulan yang berpengaruh dalam menyuburkan budaya rock di nusantara sudah pasti kepuasan yang diingini peminat begitu juga dengan kehebatan Ratu Rock tanah air tidak perlu di pertikaikan.
Konsert RED ON BLACK mampu memberi impak yang besar dalam industri muzik tanah air kerana keampuhan populariti yang masih berpihak kepada Search, Ella dan Wings.
Tiga jenama itu terus diakui sebagai artis rock paling berpengaruh, seterusnya membawa impak serta semangat untuk genre rock terus hidup dan bertahan.
Selama dua jam, keampuhan dua legenda rock dapat disaksikan pencinta muzik menerusi lebih 25 buah lagu hits yang dipersembahkan Wings , Ella dan Search termasuk
Pawana , Gadisku, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu ,Isabella,Jaket Biru,Pengemis Muda,Rama Rama dan lain lain lagi.
John selaku Pengarah Konsert berkata, biarpun pernah berdepan pelbagai kemelut sepanjang perjuangan mereka, kewujudan Search, Ella dan Wings terus memberi impak yang besar kepada industri muzik untuk diangkat sebagai anak seni contoh.
Kejujuran mereka dalam berkarya memperkasakan jenama mereka secara peribadi, seterusnya membentuk kelompok penggemar pelbagai usia yang menghargai usaha serta perjuangan mereka.
Konsert RED ON BLACK mengekalkan harga tiket mampu beli kepada semua peminat legenda rock ini apabila dijual pada harga RM57 sahaja.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Zainurain @John (
0193261610)
Pengarah konsert
Aida Husin (
0122166873)
Senior A&P Manager




Sumber: NSTP

No comments:

Post a Comment