Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, October 3, 2010

Konsert Reunion Akademi Fantasia 8

KONSERT REUNION AF8
Menjanjikan kelainan luar biasa untuk kali yang kelapan

Bagi meneruskan kegemilangan dan tradisi Akademi Fantasia selama lapan musim, Astro sekali lagi ingin memberikan penghargaan kepada sokongan peminat terhadap program realiti nombor satu di Malaysia ini dengan membawakan Konsert Reunion Akademi Fantasia musim kelapan pada 10 Oktober 2010, Ahad, jam 8 malam di Stadium Putra Bukit Jalil.

Pada konsert reunion kali ini , bintang-bintang Akademi Fantasia 8 akan berkongsi pentas dengan kemunculan istimewa Aizat, Hafiz, Mawi dan Stacy yang pernah beraksi di pentas yang sama pada musim masing-masing. Bagi mengubat rindu, pengetua; Norman Abdul Halim serta barisan tenaga pengajar AF8 akan turut membuat kejutan pada malam konsert itu nanti.

AF8

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Bagai akur pada tradisi, pihak Astro tetap menghadiahkan konsert reunion ini bagi mengembalikan rasa rindu para peminat terhadap bintang-bintang AF8 biarpun sudah 4 bulan berlalu selepas konsert akhir pada bulan Mei yang lepas.

Konsert yang dijadualkan lebih awal ini terpaksa dianjakkan berikutan pada jadual persembahan masing-masing yang padat. Namun, jarak masa inilah yang menjadikan konsert reunion ini nanti menjadi lebih meriah daripada yang biasa. Bukan sahaja dapat menghilangkan kerinduan para peminat terhadap bintang pujaan ciptaan mereka,, konsert ini juga menjadi bakal medan 12 bintang ini bertemu semula dengan semua rakan seperjuangan serta tanaga pengajar yang pernah bersama mereka selama lebih sepuluh minggu,” jelas Azlin lagi.

Azlin turut menambah, “Semenjak berakhirnya program AF8, inilah konsert terbesar yang menggabungan semula semua graduan AF8 di pentas yang sama untuk membuat persembahan. Shahir, Adira, Maulana, Daus, Ain, Ema, Shah, Anum, Farina, Nad, Alif dan Iwan seolah-olah sudah tidak sabar untuk membuat persembahan kerana mereka juga turut merindui para peminat yang telah menyokong mereka sepanjang musim AF8 lalu.

Konsert Reunion AF8 ini bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program sedia ada lain yang pernah diterbitkan. Tarikhnya sahaja telah menjadikannya sesuatu yang istimewa dan mudah di ingati, 10.10.10 (10 Oktober 2010). Pintu masuk akan mula dibuka pada jam 8 malam. Walau bagaimanapun, para peminat dinasihatkan untuk datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan

Bagi mereka yang berminat untuk datang ke konsert ini, bolehlah mendapat tiket pada hari konsert dari jam 10 pagi hingga 6 petang secara PERCUMA pintu masuk Stadium Putra Bukit Jalil pada hari konsert (10 Oktober 2010). Datang beramai-ramai!

AF8

* Artikel dari www.budiey.com

No comments:

Post a Comment