Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

Terengganu hebat maksiat, pantai berahi, seks, dadah?

amkns

Apa nak jadi dengan negeri Terengganu Darul Iman. Namanya yang cantik, negeri orang beriman sepatutnya tetapi semakin hari semakin banyak gejala maksiat, gejala sosial, dadah, sihir dan macam-macam lagi. Ayah Pin pun suka dan dah kembali duduk Terengganu. Apakah rakyat Terengganu tidak ingin menjadikan Terengganu betul-betul tempat orang beriman ?

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.
“Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh. Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam. “Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.
Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.

LOKASI SEKS DI PANTAI TERENGGANU
Berita Harian 5 Okt 2010 - Jeti pelancongan di Merang kini terbiar dan menjadi sarang maksiat. Jeti, benteng pemecah ombak Pantai Merang tidak berfungsi. Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya. Jeti dan benteng pemecah ombak tinggal yang berada kira-kira dua kilometer dari jeti yang digunakan sekarang di Muara Sungai Merang, juga didakwa penduduk sudah menjadi lokasi pasangan kekasih gelap memadu asmara.

10 TANGKAPAN SEHARI DI PANTAI TERENGGANU, PASANGAN BERBOGEL
The Star 5 Julai 2010 menyatakan 10 pasangan ditangkap setiap hari oleh sukarelawan pencegah maksiat di pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang. Pasangan yang ditangkap ini sedang melakukan aksi di belakang pokok kelapa, belakang batu, dalam kereta dan ada kalanya di pantai secara terbuka. Dalam kebanyakan kes tangkapan , pasangan ini ditangkap tanpa memakai sebarang pakaian. Dan kebanyakan mereka adalah merupakan para pelajar dari institusi pengajian tinggi. Sukarelawan pencegah maksiat yang berumur 48 tahun berkata dia telah menangkap 1,200 pasangan (2,400 orang) sejak mula menjadi sukarelawan pada tahun 2004. Tapi beliau sudah mengatakan beliau tidak sanggup lagi melakukan kerja tersebut kerana ianya tiada kesudahan.

Monday July 5, 2010 10 COUPLES CAUGHT NAKED DAILY ON TERENGGANU BEACHES
KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice volunteers along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are increasingly becoming favourite haunts for sexual trysts.http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/5/nation/6607657&sec=nation

PENAGIH DADAH TERENGGANU MENINGKAT 1,366.67%
Kosmo 21 Sep 2010 KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

20 LAGI PUSAT KARAOKE BARU DI TERENGGANU DARUL IMAN
KUALA TERENGGANU 22 Sep 2010 : Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_berita/20100922162452&sec=mstar_berita

TAK SIAP-SIAP MASJID DI TERENGGANU
Berita Harian 1 Sep 2010 - KUALA TERENGGANU: Terbengkalai lagi. Harapan penduduk Kampung Bukit Besar, di sini untuk menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Raja Bukit Besar tidak kesampaian apabila projek RM7.1 juta gagal disiapkan walaupun sudah dua kali dilanjutkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek pembinaan yang dimulakan pada 21 Januari 2008, menggusarkan lebih 3,000 penduduk daripada beberapa kampung dan harapan mereka untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid baru tidak kesampaian.


JETI NELAYAN UZUR DI TERENGGANU YANG KAYA HASIL MINYAK
Berita Harian 26 Ogos 2010 - CHUKAI: Seramai 40 nelayan dari Kampung Tengah di sini, merayu kerajaan menggantikan jeti pendaratan ikan di Sungai Limbong yang berusia lebih 20 tahun kerana lantai kayunya sudah reput.

MAKSIAT BERLELUASA DI PANTAI TOK JEMBAL
Seorang pegawai penguatkuasa syariah yang enggan disebut namanya berkata masalah gejala sosial serta aktiviti maksiat semakin menjadi-jadi sejak hampir dua tahun kerajaan BN memerintah negeri ini. Katanya, aktiviti tersebut berlaku bukan sahaja pada waktu malam atau di tempat tersembunyi malah turut berlaku di waktu siang serta di tempat-tempat awam.http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=666:maksiat-berleluasa-di-pantai-tok-jembal&catid=13:dalam-negeri&Itemid=51

PANTAI 'RINGAN-RINGAN'
KUALA TERENGGANU: Penduduk di Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Batu Buruk dekat sini bosan dengan gelaran tidak enak, 'pantai maksiat' yang dilabelkan kepada kawasan berkenaan kerana ramai pasangan terutama remaja menjadi tempat itu sebagai lokasi memadu kasih, termasuk di bulan Ramadan.http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090909074756/Article/

No comments:

Post a Comment